SUV C-Segmen perdana syarikat menekankan Prestasi, Keselesaan & Kemudahan, Kos dan
Penjagaan bagi memberikan ketenangan minda yang menyeluruh kepada keluarga.

Subang Jaya, 8 Januari 2026 – PROTON hari ini memperkenalkan 2026 PROTON X70, evolusi terbaharu bagi SUV C-Segmen perdana jenama ini, yang dibangunkan dengan menumpukan penambahbaikan pada aspek-aspek paling
penting sepanjang tempoh pemilikan. Dibina di atas platform global yang terbukti dan diperhalusi berdasarkan maklum balas pelanggan, X70 terbaharu ini menampilkan peningkatan yang lebih bertumpu dari segi prestasi, keselesaan & kemudahan, kos dan penjagaan — sekali gus menjadikannya pilihan yang boleh dipercayai dan seimbang untuk keluarga Malaysia yang mementingkan keyakinan pemilikan jangka panjang.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2018, PROTON X70 telah memainkan peranan penting dalam membentuk semula
landskap pasaran SUV tempatan, sekali gus muncul sebagai salah satu model paling dikenali dan diterima secara meluas dalam segmennya. Berkongsi asas dengan platform Geely Boyue yang berjaya di peringkat global, dengan lebih 2 juta unit terjual di seluruh dunia, kejayaan model ini didorong oleh kebolehpercayaan, keselesaan dan nilai yang ditawarkan. Kemas kini 2026 mencerminkan falsafah penambahbaikan berterusan PROTON, dengan tumpuan
khusus untuk meningkatkan pengalaman pemilikan secara keseluruhan.

Prestasi Diperhalusi & Keyakinan Pemanduan
Di teras 2026 PROTON X70 ialah enjin i-GT 1.5TD 4-silinder yang terbukti, dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan DCT. Gabungan ini menghasilkan kuasa 181 PS dan tork 290 Nm yang lancar serta responsif, dengan tahap penambahbaikan dari segi kehalusan pemanduan dan kecekapan bahan api.

Disokong oleh talaan casis,
penentukuran suspensi serta kepakaran PROTON dalam aspek pengendalian dan keselesaan, X70 menawarkan kestabilan dan keyakinan pemanduan yang mantap di persekitaran bandar mahupun lebuhraya — sesuai untuk kegunaan harian keluarga serta perjalanan jarak jauh.

Dibangunkan Berteraskan Keselesaan & Kemudahan, Kos dan Penjagaan

PROTON X70 2026  dibangunkan berdasarkan tiga teras utama yang menjadi daya tarikan kepada keluarga yang
praktikal serta menghargai nilai yang ditawarkan.

Keselesaan & Kemudahan – Diperhalusi untuk Kegunaan Harian
Tahap keselesaan dipertingkatkan melalui penambahbaikan pada kualiti tunggangan dan kehalusan kabin. Dengan memanfaatkan kepakaran PROTON dalam talaan pengendalian dan keselesaan, 2026 PROTON X70 menawarkan
pengalaman pemanduan yang lancar, stabil dan yakin dalam keadaan bandar mahupun lebuhraya. Penambahbaikan
dari segi Noise, Vibration and Harshness (NVH) menyumbang kepada kabin yang lebih senyap, manakala ruang dalaman yang luas memastikan keselesaan seisi keluarga untuk perjalanan harian dan jarak jauh.

Kemudahan dalam kabin disokong oleh unit infotainmen bersaiz 12.3 inci yang dilengkapi dengan Apple CarPlay® dan
Android AutoTM tanpa wayar, serta dilengkapi sistem arahan suara “Hi PROTON” bagi pengendalian yang intuitif dan
lancar.

Kos – Nilai Pintar Tanpa Kompromi
PROTON X70 2026 menawarkan nilai pintar melalui gabungan seimbang antara kecekapan, ketahanan dan kos pemilikan jangka panjang yang lebih rendah. Dengan kadar penggunaan bahan api 6.9L/100km, enjin 4-silinder ini
memberikan kecekapan harian tanpa menjejaskan prestasi.

Penggunaan rantai pemasaan (timing chain) turut meningkatkan ketahanan dan mengurangkan keperluan penyelenggaraan dari masa ke masa, sekali gus membantu
menurunkan kos pemilikan dan mengukuhkan proposisi nilai X70 dalam SUV C-Segmen.

Penjagaan – Keyakinan dan Ketenangan Minda
Keselamatan kekal sebagai keutamaan bagi 2026 PROTON X70, yang dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju
(ADAS) Tahap 2 merangkumi 13 ciri keselamatan. Pakej bantuan pemandu yang menyeluruh ini meningkatkan kesedaran situasi dan sokongan pemanduan melalui ciri-ciri seperti Intelligent Cruise Control (ICC), Lane Keep Assist (LKA) dan Autonomous Emergency Braking (AEB), antara lain. Digabungkan dengan rangkaian selepas jualan
PROTON di seluruh negara yang merangkumi 172 pusat servis sah 3S dan 4S, serta sokongan bekalan alat ganti yang kukuh, X70 direka untuk memberikan ketenangan minda bukan sahaja di jalan raya, malah sepanjang tempoh pemilikan.

“PROTON X70 2026  mencerminkan komitmen kami terhadap penambahbaikan berterusan dan penyampaian nilai yang benar-benar penting kepada pelanggan,” kata Dato’ Ir Rashid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

“Daripada mengejar trend semata-mata, kami memberi tumpuan kepada pengukuhan prestasi, keselesaan, kos dan
penjagaan — memastikan X70 kekal sebagai SUV yang boleh dipercayai untuk dimiliki dan diyakini oleh keluarga sepanjang tempoh pemilikan.”

Keyakinan dan Kemudahan Menyeluruh dengan Manfaat Pelancaran Eksklusif
PROTON X70 2026 ditawarkan dalam empat pilihan warna luaran elegan – Snow White, Armour Silver, Jet Grey dan
Marine Blue – yang direka untuk melengkapkan gaya hidup SUV moden.

Setiap pembelian PROTON X70 2026 hadir dengan Pakej Standard komprehensif yang direka untuk memberikan
keyakinan sejak hari pertama. Ini termasuk *Pro-Warranty* yang menawarkan jaminan 5 tahun tanpa had jarak serta enam kali upah servis percuma, selain *Pro-Connect* yang menyediakan pakej data selama 5 tahun dengan 2GB sebulan bagi memastikan akses berterusan kepada ciri sambungan sepanjang tempoh pemilikan. Di samping itu, *ProFinance* turut ditawarkan kepada semua pelanggan dengan pilihan pembiayaan sehingga 9 tahun, pada kadar faedah bermula serendah 2.2% setahun.

Bagi meningkatkan lagi pengalaman pemilikan, PROTON menawarkan Pakej Pelancaran Khas untuk 1,500 pelanggan
pertama yang mendaftar PROTON X70 2026 sebelum 31 Mac 2026. Pelanggan layak menikmati *Pro-Trade-In*
dengan sokongan overtrade sehingga RM2,000 untuk tukar beli kenderaan sedia ada mereka.

Pelanggan juga boleh memilih Program Insurans PROTON, Pro-Shield, yang menawarkan perlindungan yang ditambah baik termasuk Perlindungan Kerosakan Khas (Special Perils), perlindungan banjir sehingga RM2,000 serta perlindungan kemalangan peribadi penumpang sehingga RM15,000 seorang sehingga empat orang penumpang. Ini adalah tambahan kepada manfaat sedia ada seperti pengecualian betterment sehingga 10 tahun, perlindungan nilai dipersetujui, perlindungan untuk semua pemandu, perlindungan penggantian kunci, perlindungan kemalangan peribadi untuk pemegang polisi serta bantuan kecemasan 24 jam. Selain itu, pelanggan layak akan menerima rebat tunai sebanyak RM7,000 serta Pakej Aksesori bernilai RM700 yang merangkumi alas but, pelindung cahaya matahari dan visor pintu. Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan pengalaman pemilikan, PROTON turut memperkukuh sokongan selepas jualan dan standard servis. Untuk PROTON X70 2026, perkhidmatan ‘Fast Service
disediakan bagi servis asas berkala apabila pelanggan membuat janji temu awal dan memilih untuk menunggu di pusat servis semasa kenderaan diservis.

PROTON juga memperkenalkan perkhidmatan “1-Day Service Delivery”, di mana kenderaan akan disiapkan dalam tempoh 24 jam sama ada pelanggan hadir secara walk-in atau membuat tempahan awal. Sekiranya kerja baik pulih mengambil masa lebih daripada tiga hari bekerja, pusat servis PROTON akan menyediakan kenderaan gantian serta satu kali servis percuma (termasuk alat ganti dan upah), bagi meminimumkan kesulitan dan menegaskan komitmen
PROTON dalam menyokong pelanggan sepanjang perjalanan pemilikan mereka.

Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan bagi PROTON X70 2026, sila kunjungi mana-mana pengedar sah
PROTON di seluruh negara. Ikuti Proton Cars Official di semua platform media sosial utama untuk kemas kini terkini,
promosi dan aktiviti menarik berkaitan PROTON X70 2026.

Leave a comment

Trending