
SUNGAI BULOH, 30 JANUARI 2026 โ Hong Leong Yamaha Motor (โHLYMโ) membuka tirai tahun baharu dengan pelancaran model Yamaha Tracer 9 GT serba baharu. Sebagai pengenalan model pertama bagi tahun ini, pelancaran tersebut turut menjadi platform untuk menggariskan hala tuju strategik dan visi Yamaha bagi pasaran Malaysia.

Berteraskan matlamat untuk memberi nilai yang lebih tinggi dan pengalaman tunggangan yang dipertingkatkan kepada pelanggan, seterusnya mengukuhkan kedudukan Yamaha sebagai jenama gaya hidup perdana, Yamaha Tracer 9 GT merupakan evolusi platform sport-touring Yamaha yang terbukti keberkesanannya. Model ini melambangkan hala tuju tersebut melalui siri penambahbaikan yang mengutamakan keselesaan dunia sebenar, teknologi canggih, serta
kebolehgunaan harian.

Penambahbaikan ini memperkukuh kepercayaan Yamaha bahawa nilai
sebenar diperoleh daripada peningkatan bermakna yang dipacu oleh prestasi.
Di majlis pelancaran tersebut, Hoo Wan Tim, Pengurus Penjenamaan & Pemasaran HLYM mengulas, โPada tahun 2025, Yamaha telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran merentasi kedua-dua segmen pasaran massa (mass-market) dan motosikal besar (big bike), mencerminkan kepercayaan dan keyakinan penunggang terhadap jenama ini.

Kejayaan ini didorong oleh sokongan padu pelanggan kami, yang terus memacu syarikat melangkah ke
hadapan bagi tahun 2026 dengan fokus untuk memberikan pengalaman tunggangan yang lebih memuaskan.โ
Meninjau masa hadapan, Yamaha telah mengenal pasti segmen big bike sebagai tonggak pertumbuhan utama di Malaysia, disokong oleh momentum pasaran yang positif merentasi
pelbagai kategori. Segmen ini terus menunjukkan potensi besar, dengan peningkatan minat terhadap model automatik di segmen 200cc- 500cc yang mencerminkan evolusi keutamaan penunggang. Selain itu, bagi kategori melebihi 500cc, segmen touring kekal paling menonjol dan terus berkembang, menyerlahkan permintaan yang meningkat untuk motosikal serba boleh yang direka untuk jelajah jarak jauh serta perjalanan harian.


Hoo menambah, โPasaran big bike Malaysia menawarkan peluang pertumbuhan yang signifikan buat Yamaha, seiring usaha kami memperkenalkan produk yang selaras dengan gaya hidup, cara tunggangan, dan penerokaan para penunggang. Yamaha Tracer 9 GT baharu adalah contoh terbaik bagi usaha ini, menggabungkan prestasi, keselesaan, dan kepelbagaian ciri untuk penunggang yang mencari prestasi dinamik dengan keyakinan kembara.โ

Yamaha Tracer 9 GT menampilkan sistem Lampu Hadapan Matriks yang melaraskan LED individu secara automatik bagi mengoptimumkan pencahayaan berdasarkan keadaan trafik sekeliling. Untuk keselesaan penunggang yang dipertingkatkan, model ini dilengkapi penghadang angin (windscreen) boleh laras secara elektronik dan reka bentuk fairing baharu yang telah diuji di dalam terowong angin untuk perlindungan unggul. Penunggang juga boleh
menggunakan sistem Yamaha Ride Control (YRC) melalui paparan TFT warna penuh 7-inci baharu, yang membolehkan penyesuaian ciri enjin dan intervensi elektronik mengikut
kegemaran peribadi atau keadaan jalan yang berbeza.


Bagi memberi nilai tambahan, Yamaha Tracer 9 GT dilengkapi dengan rangkaian ciri komprehensif yang direka untuk meningkatkan kemudahan dan keyakinan penunggang. Ini termasuk aplikasi Y-Connect dengan navigasi bersepadu, sistem ampaian kawalan elektronik, serta quick shifter generasi ketiga. Motosikal ini juga menampilkan reka bentuk tempat duduk baharu untuk capaian kaki yang lebih mudah, Sistem Kunci Pintar (Smart Key System), dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) untuk keselamatan yang lebih baik.

Yamaha Tracer 9 GT tersedia dalam pilihan warna Ceramic Ice dan Tech Black, dengan harga runcit disyorkan sebanyak RM71,888.00, tidak termasuk kos insurans dan yuran pendaftaran.
Model ini kini boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan dijemput untuk mengunjungi rangkaian pengedar Yamaha di https://www.yamaha-motor.com.my/find-dealer/







Leave a comment