En Asri Ahmad, tulang belakang Mforce.

2 Februari, 2026, Kuala Lumpur.  Sehari selepas merasmikan pusat servis dan pejabat urusan kawasan tengah Mforce, yang direkodkan sebagai yang terbesar di Malaysia, Mforce menjamu para tetamu khas, pengedar-pengedar motosikal edaran Mforce, dan media permotoran dan pempengaruh medsos, jamuan Lao Sang sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang.

Mengekalkan tradisi Mforce, setiap jamuan akan diselang selikan dengan perlancaran motosikal-motosikal baru yang dibawa masuk untuk pasaran tempatan.

Jenama-jenama seperti BRIXTON STORR 500, CYCLONE RA600, WMOTO ISLAND 150 (SKUTER) DAN WMOTO HAWK 200i, dan barisan  model XWEDGE seperti  RANGER RX2000, ROVER RL2000, RL2000S, VANGUARD VT2000, WALKER WR1000.

Jenama pemakaian penunggangan yang semakin terkenal dalam industri permotoran dunia, LS2 turut ‘turun padang’ memperkenalkan barisan produk-produk terbaru merka seperti helmet, jacket, kasut dan juga sarung tangan yang sudah tentu mengenengahkan ciri-ciri keselamatan premium dengan harga jualan yang SANGAT mampu milik.

Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran penyanyi rock lagenda tanah air, DATO AWIE, yang turut diisytiharkan sebagai pemilik XWEDGE RANGER 2000 yang pertama di Malaysia.

Dato Awie yang sememangnya dikenali sebagai seorang pencinta dua roda, turut ceria dengan penghormatan ini dan sekali gus menambah populariti jenama XWEDGE ini.

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan satu lagi acara tradisi iaitu cabutan bertuah yang memastikan satu unit motosikal untuk para media dan satu unit untu para pengedar mereka. Ini adalah sebagai satu penghargaan besar Mforce terhadap para pengamal media permotoran yang sentiasa memberikan sokongan dan liputan terhadap produk dan servis daripada MFORCE, serta memperakui keberadaan dan usaha penjualan pengedar-pengedar mereka yang kini berada di hampir seluruh pelusuk tanahair.

Mforce Bike Holding kini bukan sahaja selaku pengimpot atau pengedar motosikal-motosikal daripada tanah besar China, tetapi turut memainkan peranan besar dalam pasaran serta industri motosikal tempatan. Mforce meluaskan kuasa pilihan bagi pelanggan dan pasaran, agar tidak disekat oleh tradisi pengedar/pembekal motosikal daripada Jepun, yang telah mendominasi pasaran sejak berabad yang lalu.

Mforce juga telah membuktikan bahawa motosikal-motosikal daipada China ini juga sebenarnya mempunyai kualiti yang sama tinggi dan hebat seperti jenama-jenama JEPUN, INDIA mahupun dari AMERIKA, tetapi tidak perlu dijual dengan harga tinggi dan melampau.

Pasaran motosikal tempatan kini disajikan dengan motosikal-motosikal mampu milik dengan rekaan, teknologi terkini dan gayahidup yang datang bersama jentera-jentera ini.

Moga keupayaan pekhidmatan selepas jualan turut sama tinggi prestasinya bagi memperkukuhkan keberadaan mereka dalam pasaran motosikal tempatan.

Leave a comment

Trending