
Kuala Lumpur, Malaysia — Menggunakan slogan ‘Geng4Ride’, ZONTES Malaysia memperkenalkan empat barisan skuter ZONTES 368 series: 368D, 368E, 368G dan 368K, yang di pasarkan pada harga RM 23,800, RM 25,800, RM 28,800 dan RM 27,800, mengikut turutan model yang disenaraikan.
Skuter-skuter ini mensasarkan kepelbagaian pengguna skuter dalam pasaran tempatan. Samada ingin digunakan sebagai tunggangan harian, perjalanan jarak jauh, atau ingin menerokai pelbagai bentuk permukaan jalan.
Perlancaran barisan model-model 368 ini memberikan penanda evolusi dignifikasi daripada model-model siri 350 yag terdahulu.

Secara khususnya, versi 368D dan 368E ini didatangkan dengan penambahbaikan yang substansif pada tahap keselesaan menunggang dan prestasi enjinnya. ‘Geng4Ride’ ini lebih memberi penekanan terhadap selera pemanduan skuter yag diinginkan.
Menurut Pengurus Pemasaran Nasional Zontes Malaysia, En. Goi Seong Keng, tanpa mengira identiti anda sebagai penunggang dalam bandar, kaki konvoi, atau penunggang lasak hujung minggu, skuter ZONTES 368 mampu menepati selera anda.

ZONTES 368D lebih sesuai untuk penunggang dalam bandar. Memerlukan kebolehan mencelah dan luncur dalam kesesakan bandaraya, akibat dari beratnya 175kg – lebih kurang 25kg lebih ringan daripada 350D yang terdahulu.


ZONTES 368E dikhususkan kepada kaki-kaki konvoi. Direka dengan keperluan kedudukan yang selesa untuk perjalanan jarak jauh. Prestasi enjinnya sudah tentu melangkaui kebolehan model skuter sebelum ini.

Selain lebih ringan, ianya dilengkai ciri-ciri istimewa seperti pemanas pemegang handle da pelana, untuk perjalanan dalam keadaan gelap dan sejuk malam. Sementara itu, ruang meletakkan kaki lebih luas dengan penambahan 260mm serta ruang penyimpan bawah pelana kini lebih prektikal dengan keluasan 50L. Mencukupi untuk diletakkan dua helmet.

ZONTES 368G khas untuk mereka yang gemar laluan lebih lasak. Para pemancing, penggemar perkhemahan, sangat menarik jika dipadankan dengan model G ini.

Di lengkapi dengan kapasiti tangki bahanapi sebanyak 17.5L, memberikan kepuasan dalam menunggang jarak yag jauh, serta pemiliknya kini mampu memilih untuk prestasi lebih santai atau dalam mode ‘sport’ membolehkan model ini bertindak lebih efisyen dan agresif.

Selain mempunya kebolehan untuk ditunggang pada mana-mana tahap permukaan jalan, ianya tetap mempunyai ciri-ciri skuter dengan ruang penyimpan bawah pelana pada keluasan 52L.
Model G ini juga ditawarkan dalam dua jenis kedudukan penunggang dan pembonceng. Setup Standard mempunyai ruang kelegaan buminsebanyak 155 dan mencatatkan ketinggian pelananya adalah setinggi 770mm
High setup pula mencatatkan ketinggian 180 mm pada ukuran kelegaan bumi dan pelananya setinggi 795mm.
ZONTES 368K pula untuk mereka yang inginkan penjelajahan yag lebih jauh. Model K ini adalah buat julung-julung kalinya diperkenalkan di Malaysia.

Posisi penunggangannya jauh lebih selesa, lengkap dengan penyandaran lumbar belakang. Ternyata, keselesaan adalah faktor utama untuk model ini. Disamping itu, model K ini mempunyai ruang penyimpanan berkapasiti 50L di bawah pelananya. Skrin TFT yang bersaiz 6.75 inci memberikan anda informasi penting tentang keberadaan dan prestasi jentera anda. Skrin pelindung angin juga boleh dilaras secara elektronik. Lampu hadapan jenis projeksi LED dan sebagai penambahan, rak untuk dipasang boks penyimpan barangan telah pun tersedia.
Zontes memberikan pilihan yang lebih tepat mengikut selera dan keperluan masing-masing yang pelbagai dalam pasaran motosikal tempatan ini.

Skuter – skuter ZONTES 368 ini, dilengkapi dengan ETC (Electronic Throttle Control) daripada BOSCH, yang membolehkan penunggangnya menguruskan input pendikitnya secara elektronik, samada untuk penunggangan yang luncur atau aruhan kuasa yang lebih bertenaga.
Ini membolehkan fungsi ‘cruise control’ yang mana membenarkan penunggangnya melaraskan kelajuan yang diinginkan. Begitu juga dengan kebolehan TCS ( Traction control system), yang membolehkan rodanya lebih ‘melekat’ pada permukaan jalan.

Fungsi TPMS ( Tyre Pressure Monitoring System) membolehkan anda peka tentang tekanan udara dalam tayar, juga tersenarai dalam sistem bantuan pemanduan elektroniknya.

Sistem brek ABS sudah tentunya menjadi sebahagian daripada teknologi canggih model-model 368 Ini.
Tidak ketinggalan juga dengan kebolehan hubungan peranti, keempat-empat model 368 ini didatangkan juga dengan app ZONTES Smart App 3.0, membolehkan anda mengakses informasi, rekod penunggangan, dan diagnostik jentera anda melalui telefon bimbit.
Ternyata, perang skuter masih belum tamat.






Leave a comment