Malam yang penuh inspirasi menyaksikan Mforce Bike Holdings memperkenalkan dua model terbaharu iaitu WMOTO NX150S dan KTNS TT-Classic 150 kepada umum.

Sebagai faktor perbezaan antara kedua-dua model baharu ini, WMOTO NX150S adalah sebuah motosikal skuter yang berkapasiti 150cc tetapi mempunyai kapasiti tangki bahanapi sebanyak 15 liter.

KTNS TT-Classic 150 pula merupakan sebuah motosikal seperti berciri ‘scrambler’ klasik. Didatangkan dengan tayar untuk tunggangan ‘off-road’ serta ekzos yang agak mampat bunyinya, sudah tentu bakal menarik minat penunggang motosikal yang meminati rekabentuk retro atau yang maukan jentera lasak tetapi pada harga jualan yang mampu milik.

Sebagai pembuka majlis, En Asri Ahmad, selaku Ketua Pegawai Operasi Mforce Malaysia, menyampaikan pencapaian syarikat sepanjang 2025 dan sekaligus mengumumkan beberapa perancangan untuk 2026.

Majlis ini dijalankan sempena majlis berbuka puasa bersama para pengamal media permotoran tempatan. Berlangsung dalam dewan khas yang juga pusat servis dan jualan Mforce yang terbaru di Segambut, Kuala Lumpur. Pusat servis ini juga dikatakan sebagai pusat servis motosikal yang terbesar di Malaysia.

Sebagai bonus, para hadirin juga menyaksikan penyerahan kunci kepada pemilik motorsikal X-Wedge yang pertama dalam tanahair iaitu DATO’ AWIE.

Malam ini turut memperlihatkan wajah baharu AS25 Racing Team yang bakal bersaing dalam Malaysia Cub Prix Championship (MCP) dan Asia Road Racing Championship (ARRC) musim ini. Lebih istimewa, penyerahan kunci rasmi X-WEDGE Rover RL2000 kepada Awie sebagai pemilik pertama model tersebut turut menjadi antara detik paling bermakna malam ini.

Tidak mahu ketinggalan dalam majlis gemilang ini, minyak pelincir MFORCE OIL yang baru turut diperkenalkan. Minyak pelincir yang dikuasakan oleh PETRONAS ini, diperkenalkan sebagai variasi premium, iaitu sebagai variasi kualiti kelikatan yang tertinggi. Kerjasama dengan Petronas Malaysia ternyata menunjukkan kesungguhan Mforce untuk menghasilkan produk-produk berkualiti untuk pengguna motosikal-motosikal keluaran dan edaran Mforce.

Pelancaran produk baharu serta perkembangan terkini ini mencerminkan komitmen berterusan Mforce dalam membawa inovasi dan pengalaman terbaik kepada komuniti dua roda di Malaysia.

Leave a comment

Trending