KUALA LUMPUR, 10 April 2026 – AEON Credit Service (M) Berhad (“AEON Credit” atau “Kumpulan”) telah mengumumkan pelaburan rasminya dalam Pasukan Cardinals Racing bagi musim Kejuaraan Asia Road Racing (“ARRC”) 2026, sekaligus memperkukuhkan kepimpinan serta komitmen berterusan
terhadap ekosistem dua roda di Malaysia.

Sebagai peneraju pemasaran dalam pembiayaan motosikal dengan pegangan pasaran melebihi 20%, AEON Credit telah memainkan peranan penting dalam menyediakan mobiliti dan akses kepada rakyat Malaysia. Kerjasama terbaharu ini mencerminkan pelaburan berterusan Kumpulan dalam
pertumbuhan industri dua roda, melangkaui pembiayaan kepada prestasi, pembangunan bakat dan kecemerlangan sukan permotoran serantau.

Cik Lee Tyan Jen, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif C Ketua Pegawai Sinergi Perniagaan AEON Credit berkata, “Kerjasama kami bersama Pasukan Cardinals Racing merupakan lanjutan semula jadi daripada kepimpinan kami dalam segmen motosikal. Kami berbangga dapat menyokong pasukan yang mencerminkan ketepatan, ketahanan dan semangat daya saing, nilai yang selari dengan kami.

Kerjasama ini memperkasakan ekosistem sukan permotoran sambil mengukuhkan hubungan kami dengan penunggang dan peminat diseluruhrantau ini.”
Pasukan Cardinals Racing telah membina reputasi yang kukuh dalam ARRC dan diiktiraf atas
keupayaan teknikal serta prestasi konsisten di litar. Dengan sokongan AEON Credit, pasukan ini menyasarkan untuk meningkatkan daya saing dan meraih pencapaian podium yang
memberangsangkan sepanjang musim 2026.

Pelaburan jenama ini turutmembina kehadiran AEON Credit yang semakin berkembang dalam platform perlumbaan motosikal utama. Pada tahun 2025, AEON Credit mengambil bahagian dalam aktiviti
MotoGP dan menyokong bakat muda Malaysia, Hakim Danish, semasa penampilan wildcard beliau.

Bagi memperkukuhkan lagi komitmen terhadap pembangunan bakat, AEON Credit kini bekerjasama
dengan ZK Racing untuk membawa Hakim Danish menyertai kempen penuh musim dalam Kejuaraan Dunia Moto 3™ 2026.

Inisiatif ini turut menyokong objektif penjenamaan dan pemasaran AEON Credit yang lebih luas dengan meningkatkan keterlihatan jenama di seluruh platform sukan permotoran antarabangsa, mengukuhkan
penglibatan bersama pelanggan dan komuniti, serta memposisikan Kumpulan sebagai penyokong jangka panjang bagi pembangunanbakatmuda.

“Sukan permotoran merupakan platform berkuasa yang mencerminkan inovasi, disiplin dan cita-cita,” tambah Cik Lee Tyan Jen.“

Daripada pembangunan di peringkat akar umbi hingga ke pentas antarabangsa, kami komited untuk menyokong bakat dan pasukan yang mewakili masa depan perlumbaan.”

Pengurus Pasukan Cardinals Racing, Encik K.F. Wong berkata, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan AEON Credit bagi musim 2026.

Sokongan ini memperkukuhkan keupayaan kami untuk bersaing
di peringkat tertinggi, dan kami berharap dapat memberikan prestasi cemerlang sambil mewakili jenama ini dengan bangga sepanjang kejuaraan.”
Kejuaraan Asia Road Racing kekal sebagai siri perlumbaan motosikal terulung di Asia, menarik penyertaan pelumba dan pasukan terbaik dari seluruh rantau. Musim 2026 dijangka bakal melihat persaingan yang tinggi di pelbagai litar antarabangsa.

Melalui kerjasama dengan Pasukan Cardinals Racing, AEON Credit terus memperkukuhkan impaknya dalam industri dua roda dengan merapatkan jurang akses kewangan kepada sukan permotoran berprestasi tinggi, sambil memberi inspirasi kepada generasi penunggang akan datang.

Leave a comment

Trending