
PULAU PINANG, 13 APRIL 2026 – Moto Morini X-CAPE 1200 kini rasmi berada di pasaran Malaysia selepas diperkenalkan sebelum ini dalam satu acara pelancaran
khas yang berlangsung di White Swan Hotel, Zhejiang, China pada November tahun lalu.
Ditawarkan pada harga RM51,888.00, tidak termasuk cukai jalan dan insurans, Moto
Morini X-CAPE 1200 hadir dengan dua pilihan warna premium iaitu Vortex Red dan Stone Black, yang menyerlahkan karakter lasak serta identiti pengembaraan jarak jauh.

Dikuasakan oleh enjin 1,187 cc jenis V2-silinder, 8-injap DOHC, model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 95 kW pada 8,750 rpm dan tork maksimum 106 Nm pada julat kuasa 7,000 rpm, dengan nisbah mampatan 12.3:1. Enjin ini menampilkan ukuran piston dan lejang adalah 107 × 66 mm, digandingkan bersama transmisi 6-kelajuan
jenis lancar serta pacuan akhir rantai, bagi memastikan penghantaran kuasa yang
konsisten dalam pelbagai kondisi tunggangan.
Sistem penyejukan menggabungkan cecair dan minyak, disokong oleh sistem
penghidup elektrik serta sistem bahan api petrol. Turut dilengkapi klac jenis gelincir
untuk penukaran gear yang lebih lancar. Tangki bahan api berkapasiti 24.5 liter pula
menyokong keperluan tunggangan jarak jauh.
Dari segi suspensi, Moto Morini X-CAPE 1200 menggunakan fork hadapan jenis terbalik jenama KYB dengan jarak perjalanan 192.4 mm dan diameter fork 48 mm, dipadankan dengan penyerap hentak belakang jenis monoshock jenama KYB dengan
pelarasan pra-beban, memberikan keseimbangan serta keselesaan merentasi pelbagai permukaan jalan.

Prestasi membrek dikendalikan oleh cakera berkembar hadapan Brembo dengan kaliper 4-piston serta cakera tunggal belakang Brembo dengan kaliper 2-piston,
masing-masing berdiameter 320 mm (hadapan) dan 280 mm (belakang). Sistem ini dipertingkatkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran yang boleh dinyahaktifkan, bagi kawalan dan keselamatan yang optimum.
Model ini turut menggunakan tayar 120/70-ZR19 hadapan dan 170/60-ZR17 belakang, dipadankan dengan rim jenis jejari serta rangka tiub keluli 20CrMo jenis trellis yang kukuh dan tahan lasak. Dimensinya adalah 2,250 mm panjang, 950 mm lebar dan 1,530 mm tinggi, dengan jarak roda 1,550 mm, ketinggian tempat duduk 840 mm, serta kelegaan tanah 160 mm. Berat keseluruhan motosikal ialah 283 kg, sesuai
dengan keupayaan sebagai jentera pengembaraan.

Dari aspek lain pulq, motosikal ini dilengkapi dengan paparan TFT 7 inci, port pengecasan USB Type-A dan Type-C, serta sistem kunci mekanikal. Ciri keselamatan termasuk suis keselamatan tongkat sisi, manakala sistem pencahayaan sepenuhnya menggunakan LED termasuk lampu isyarat, lampu kecemasan, lampu hadapan dan
lampu belakang, bersama Lampu Siang (DRL) jenis spotlight.
Teknologi bantuan penunggang merangkumi Sistem Kawalan Traksi (TCS) boleh laras, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), sistem kawalan jelajah (cruise control), quickshifter, serta mod tunggangan All-Terrain, Off-Road, Road, Sport dan permukaan basah, bagi menyesuaikan prestasi mengikut situasi tunggangan. Ciri tambahan premium termasuk dashcam hadapan, cermin angin boleh laras, pemegang hendal berpemanas, tempat duduk berpemanas, lengan ayun aluminium, pelindung tangan serta sistem radar amaran, yang meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan.
Dari segi sambungan, Moto Morini X-CAPE 1200 menyokong Bluetooth, membolehkan fungsi paparan skrin, navigasi dan integrasi aplikasi bagi pengalaman tunggangan yang lebih moden dan terhubung.
Bagi keperluan pengembaraan, motosikal ini turut dilengkapi sistem kotak simpanan yang terdiri daripada dua kotak sisi (34 L kiri, 25 L kanan) serta kotak atas 39 L, menyediakan ruang penyimpanan yang mencukupi untuk perjalanan jarak jauh.

Bersesuaian dengan gabungan prestasi berkuasa ini, komponen premium dan teknologi terkini, Moto Morini X-CAPE 1200 menetapkan penanda aras baharu dalam segmen adventure
touring di Malaysia.
Disetiap pembelian Moto Morini X-CAPE 1200, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti jarak tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan
pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.






Leave a comment