
Mungkin ada yang mengetahui kewujudan perlindungan insurans untuk pengguna motosikal 250cc ke bawah.

Kini ETIQA memperkenalkan pula MYRIDER PLUS sebagai polisi insurans/takaful untuk motosikal 250cc ke atas.

Bertindak selaku skim perlindungan yang melindungi motosikal anda dari kerosakan, kecurian dan kemalangan, MYRIDER PLUS turut memberi perlindungan tambahan dan sokongan yang direka khas untuk penunggang dan perjalanannya.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan kepada pemegang polisi MYRIDER PLUS ini:
1. Perkhidmatan sokongan di tepi jalan 24jam sehari, setiap hari.
Kebanyakan musibah atau kerosakan tidak berlaku berdekatan dengan rumah, bantuan ini amatlah diperlukan ketika anda berada di luar daerah/kawasan.
2. Perlindungan Perbelanjaan Perubatan.
Perkhidmatan menyediakan bantuan kewangan untuk bayaran-bayaran perubatan akibat kemalangan.
3. Perlindungan Kemalangan Peribadi.
Jika berlaku kematian atau kecacatan kekal akibat kemalangan, polisi ini menyediakan imbuhan tambahan atas keadaan tersebut.
4. Elaun Kesusahan akibat kemalangan.
Penyediaan sokongan kewangan bagi memberikan sedikit imbuhan apabila anda akibat daripada motosikal anda yang diinsuranskan tersebut kehilangan/rosak.
5. Elaun kesusahan tambahan akibat kejadian banjir.
Bantuan tambahan apabila motosikal anda terbabit dalam kejadian banjir.
6. Imbuhan tunai ehsan.
Bantuan kewangan menempuh kepayahan berpunca daripada kemalangan.
Untuk siapakah MYRIDER PLUS ini?

Diformulasikan secara khusus untuk penunggang motosikal 250cc ke atas, termasuklah:
a. Penunggang harian
b. Penunggang mingguan
c. Penggemar pengembaraan bermotosikal.
d. Ahli kelab bermotosikal.
e. Pemilik motosikal berkuasa ti tinggi.

Polisi perlindungan ini mampu memberikan kaki konvoi, pengembara bermotor dan penunggang harian pergi dan balik kerja, ketenangan minda kerana anda telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menghadapi sebarang musibah yang mungkin timbul.

Polisi perlindungan MYRIDER PLUS ini adalah untuk kategori pemilik motosikal 250cc ke atas dan sebagai polisi tambahan terhadap skim perlindungan insurans/polisi takaful/sijil motosikal komprehensif.

Lebih banyak informasi dan penceraham boleh anda dapati di pletform rasmi ETIQA : http://www.etiqa.com.my, applikasi ETIQA, Cawangan-cawangan Etiqa dan ejen-ejem SAH Etiqa.







Leave a comment