Kuala Lumpur, 5 November 2026 – Motul, peneraju global dalam industri minyak pelincir berprestasi tinggi, menampilkan kepakarannya dalam sukan permotoran serta aplikasinya dalam memenuhi keperluan
pengguna motosikal harian menerusi penyertaan di Grand Prix Malaysia 2026 (MotoGP), yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dari 30 Oktober hingga 1 November.

Acara tersebut menarik
kehadiran lebih 196,000 pengunjung. Dengan gerbang berbentuk V yang gah sebagai simbol kemenangan, reruai Motul menjadi tumpuan pengunjung untuk meneroka teknologi dan prestasi yang dibangunkan berasaskan pengalaman di litar perlumbaan yang disesuaikan untuk pengguna motosikal harian di bandar.

Sukan permotoran memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pengujian teknologi Motul. Sebagai rakan kerjasama MotoGP sejak sekian lama, Motul membangunkan serta menguji teknologinya
dalam perlumbaan yang paling mencabar. Pengalaman yang diperoleh kemudiannya dimanfaatkan dalam pembangunan produk untuk kegunaan harian, daripada pelincir bertaraf perlumbaan hinggalah minyak enjin skuter yang menyokong perjalanan di bandar yang lancar. Hubungan Motul dengan MotoGP turut
menjadi inspirasi kepada penghasilan Motul GP Travel Kits, yang diperkenalkan kepada pengguna motosikal di Malaysia semasa acara tersebut. Kit bersaiz kompak yang mudah dibawa ke mana-mana ini
ditawarkan dalam dua pilihan, iaitu Chain dan Helmet, bagi memudahkan penjagaan motosikal sepanjang perjalanan.

Thrill. Freedom. Flow. Pengalaman untuk Dihayati
Tiga zon utama di reruai Motul mengetengahkan kepakaran jenama itu dalam memenuhi keperluan setiap
tunggangan:

  • Journey of Thrill. Mencerminkan keterujaan di litar perlumbaan, zon ini menampilkan Motul 300V
    0W-30, pelincir bertaraf perlumbaan yang dilengkapi teknologi ESTER Core® bagi memberikan kuasa kuda yang konsisten serta mencatatkan masa terpantas dalam ujian yang dijalankan.¹
  • Journey of Freedom. Meraikan kebebasan meneroka pelbagai destinasi, zon ini memperkenalkan
    Motul 7100 yang membantu mengekalkan enjin dalam keadaan optimum, termasuk ketika menempuh perjalanan jarak jauh.
  • Journey of Flow. Diinspirasikan oleh pengalaman menunggang di persekitaran bandar, zon ini
    menawarkan Motul Scooter Power LE MB yang memberi prestasi dan perlindungan enjin untuk kegunaan harian, termasuk ketika menghadapi kesesakan lalu lintas dan keadaan trafik yang tidak
    menentu.

“MotoGP merupakan komitmen jangka panjang Motul, dan setiap musim mendorong kami untuk terus meningkatkan prestasi produk. Kehadiran begitu ramai pengunjung di Sepang, daripada peminat tegar sukan permotoran hinggalah mereka yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan harian,
mengingatkan kami bahawa setiap inovasi yang dibangunkan perlu memenuhi keperluan mereka. Komuniti permotoran Malaysia mempunyai minat yang mendalam terhadap sukan ini dan kami akan terus menyokong mereka menerusi produk serta pengalaman yang membawa prestasi dunia perlumbaan ke
dalam setiap perjalanan harian,” kata Ravi Shankar, Pengurus Besar Motul Malaysia.


Selain aktiviti di reruai, pelbagai acara sepanjang MotoGP turut memberikan peluang kepada peminat untuk mendekati dunia perlumbaan. Pada 31 Oktober, seramai 80 orang peminat berpeluang bertemu dengan
Jack Miller dan Augusto Fernández daripada pasukan Prima Pramac Racing, selain mendapatkan autograf serta bergambar bersama kedua-dua pelumba.

Pada 1 November pula, Ravi Shankar dan Yvonne Ng, Pengurus Pemasaran Kanan Motul Malaysia, menyampaikan hadiah Minggu Ke-6 dan Minggu Ke-7 bagi kempen 11 Weeks, 11 Bikes anjuran Motul. Dua orang pemenang bertuah masing-masing membawa
pulang sebuah motosikal Honda CB250R dan sebuah Peugeot Django Classic. Kempen ini akan
berlangsung hingga 8 November 2026, dengan sebuah Kawasaki Ninja ZX-25RR ditawarkan sebagai hadiah utama.

Reruai Motul turut menjadi lokasi pelancaran Peugeot Speedfight 4+ 150cc GP Edition, sebuah skuter berinspirasikan MotoGP yang ditawarkan secara terhad dengan hanya 50 unit di Malaysia.

Pelancaran ini turut menandakan peranan Motul sebagai rakan pelincir rasmi Peugeot Motorcycles di Malaysia.

Untuk mengikuti perkembangan terkini serta aktiviti Motul, ikuti saluran media sosial rasmi Motul di Facebook dan Instagram. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.motul.com.

Leave a Reply

Trending