
GWM Malaysia dengan bangganya mengumumkan pencapaian signifikan melalui penyerahan GWM TANK 300 yang ke-500! Sebagai antara SUV ‘off-road ’ terlaris di China, GWM TANK 300 kini berjaya memikat hati pemandu di Malaysia, khususnya pencinta pengembaraan dan pemandu di bandar dengan reka bentuk lasak, teknologi canggih, serta prestasi luar biasa.
Pencapaian ini membuktikan populariti GWM TANK 300 yang semakin meningkat di negara ini, menjadikannya antara pilihan utama dalam kalangan peminat ‘off-road’. Direka untuk menakluki pelbagai permukaan lasak serta menawarkan keselesaan premium, GWM TANK 300 kini menjadi simbol kekuatan, kebolehpercayaan, dan inovasi dalam industri automotif Malaysia.
“Kami amat berbangga melihat sambutan dan impak besar GWM TANK 300 di Malaysia sama seperti di China,” kata Cui Anqi, Pengarah Urusan GWM Malaysia. “Kejayaan ini mencerminkan kepercayaan dan keterujaan rakyat Malaysia terhadap jenama kami. Respons ini membuatkan kami lebih bersemangat untuk meneruskan momentum dengan barisan model TANK yang akan datang,” tambah beliau.
Pn. Wong, yang merupakan pemilik GWM TANK 300 yang ke-500 turut berkongsi keterujaannya. “Saya amat terpesona akan reka bentuk dan keupayaan TANK 300 yang mengagumkan setelah pertama kali melihatnya di China. Sebaik sahaja ia dilancarkan di Malaysia, saya yakin inilah SUV yang saya inginkan. Apa yang menarik minat saya adalah jarak kelegaan tanahnya yang tinggi, menjadikannya pilihan terbaik untuk pengembaraan off-road.” katanya.

Komitmen Unggul GWM Kepada Pemilik di Malaysia
Bagi meraikan kejayaan ini, GWM Malaysia menawarkan waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi kepada semua pemilik pertama GWM TANK 300. Tawaran ini bukan sahaja memberikan ketenangan minda kepada setiap pemilik, malah membuktikan keyakinan GWM terhadap ketahanan dan prestasi kenderaan ini dalam menempuh pengembaraan di jalan raya mahupun laluan ‘off-road’.
Promosi Eksklusif untuk Memacu Pengembaraan
GWM Malaysia turut menawarkan empat promosi eksklusif kepada pemilik baharu dan sedia ada GWM TANK 300:
- Pandu Uji dan Menang: Pandu uji GWM TANK 300 dan berpeluang memenangi baucar percutian bernilai RM 888.
- Beli dan Menang: Miliki GWM TANK 300 dan berpeluang memenangi baucar percutian bernilai RM 8,888.
- Pakej Penyelenggaraan Percuma: Miliki GWM TANK 300 dan nikmati pakej penyelenggaraan percuma selama 5 tahun.
- Menangi Kit Modifikasi Iron Cavalry GWM: Pelanggan yang membuat tempahan GWM TANK
300 dari 1 Mac hingga 31 Mei 2025 akan berpeluang memenangi hadiah eksklusif KIT MODIFIKASI IRON CAVALRY GWM. *Hanya satu pemenang bertuah akan dipilih!
Untuk maklumat lanjut atau tempahan pandu uji, sila layari: www.gwm.com.my
Mengenai Great Wall Motor (GWM)
Great Wall Motor adalah sebuah syarikat teknologi global yang berdedikasi dan komited dalam menyediakan pengalaman pemanduan yang pintar dan mesra alam kepada penggunanya di seluruh dunia. Operasi syarikat ini berfokus kepada kepakaran mereka bentuk, membuat kajian dan pembangunan, pengeluaran, jualan serta khidmat automobil pelanggan dan bahagian, serta merangkumi rangkaian industri dalam teknologi pintar tenaga bersih seperti tenaga hidrogen dan solar dengan mendukung matlamat utama demi membina teknologi pintar masa hadapan melibatkan rangkaian perhubungan pintar, pemanduan pintar, cips dan aplikasi. Anak syarikat Great Wall Motor di Malaysia secara rasminya telah memulakan operasi pada Julai 2022, dengan fokus berterusan melaksanakan strategi tenaga boleh baharu dengan mematuhi tiga nilai utama syarikat iaitu mewujukan tenaga boleh baharu, kecerdasan baharu serta pengalaman baharu.







Leave a comment