Yamashiro Malaysia Sdn. Bhd. dengan bangganya mengumumkan bahawa mereka telah dilantik sebagai pengedar utama yang sah dan rasmi untuk jenama SPIDI (SPIDI SPIET S.R.L. ITALY) pasaran dan edaran Malaysia.

SPIDI, sebuah jenama pakaian penunggangan motosikal yang ternama dari Itali, telah lama menjadi pemangkin dalam industri ini sejak 1977, yang mana jenama ini mengutamakan ciri-ciri keselamatan, keselesaan dan prestasi kepada pemakainya. Turut dikenali dalam industri sebagai  jenama yang memperkenalkan jaket keselamatan udara pertama di dunia, sarung tangan lengkap dengan pad-pad pelindung, Jeket mesra arus udara dan seluar penunggangan jenis kain denim, SPIDI bertekad untuk terus melakar sejarah dan evolusi dalam pembuatan pemakaian teknikal penunggangan.


Yamashiro Malaysia berbesar hati merangkumkan SPIDI dalam potfolio syarikat yang turut mengedarkan jenama-jenama premium dalam barisan pemakaian penunggangan seperti NEXX Helmet, But penunggangan SIDI, Sarung tangan FIVE, pakaian asas SIXS, pemegang alat peranti QUAD LOCK, pakaian penunggangan RST, PROGRIP, dan pakaian penunggangan 56 Design.

Kami akan meneruskan usaha mengukuhkan keberadaan kami untuk mengedarkan keperluan penunggangan pencinta motosikal.


Kami yakin dapat membekalkan pengalaman dan kehebatan jenama SPIDI melalui agen atau wakil sah kami (SPIDI store):


SUNNY CYCLE (Kuala Lumpur)
MOTOPLEX Welly Sungai Buloh (Selangor).


GUAN HOW Superbike Centre (Penang).


GUAN HOW Superbike (Ipoh).


Untuk informasi yang lebih lanjut, hubungi Yamashiro Malaysia Sdn. Bhd, di pletform:


Web:https://www.yamashiro-malaysia.com/


Facebook: Yamashiro Malaysia

Instagram: Yamashiro Malaysia

Leave a comment

Trending