PULAU PINANG, 14 APRIL 2026 – KEEWAY RKR250 kini rasmi ditawarkan di pasaran Malaysia susulan pengenalannya sebelum ini sempena program Top 68 Dealers’ Educational Tour Sales Campaign yang berlangsung di Zhejiang, China pada November
tahun lalu.

Ditawarkan pada harga RM13,888.00, tidak termasuk cukai jalan dan insurans, KEEWAY
RKR250 hadir dalam dua pilihan warna menarik iaitu Night Black dan Flame Red, sesuai untuk penunggang yang mengutamakan gaya sporty dan agresif.

Meninjau dari segi prestasi, KEEWAY RKR250 dikuasakan oleh enjin 249.3 cc, dua silinder, empat
lejang, 8-injap DOHC yang menghasilkan 23.5 kW pada 10,500 rpm dan 22.5 N.m tork
pada 9,500 rpm, dengan nisbah mampatan 11.3:1. Enjin ini menampilkan ukuran piston
dan lejang 60 × 44.1 mm, serta dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan bersama 7 putaran enjin tinggi.

Ia turut dilengkapi sistem penyejukan cecair, suntikan bahan api elektronik (EFI), sistem
pencucuhan T.C.I, serta sistem penghidup elektrik, manakala kawalan pendikit adalah jenis mekanikal. Kapasiti tangki bahan api adalah 12 liter, dan sistem pelinciran menggunakan “pressure splash lubrication”.

Motosikal ini juga dilengkapi “slipper clutch” bagi meningkatkan kestabilan ketika penurunan gear secara agresif.
Sistem suspensi terdiri daripada fork hadapan teleskopik dengan 100 mm jarak pergerakan dan diameter fork 40 mm,dipadankan dengan penyerap hentak belakang jenis monoshock boleh laras dengan 42.5 mm jarak pergerakan, memastikan
keseimbangan tunggangan dalam keadaan harian mahupun tunggangan berprestasi.

Prestasi brek disokong oleh cakera tunggal hadapan Ø320 mm jenis terapung dengan
angkup 4-piston, serta cakera tunggal belakang Ø240 mm dengan angkup 1-piston, lengkap dengan sistem Anti-lock Braking System (ABS) dwi-saluran boleh nyahaktif untuk tahap keselamatan dan kawalan yang lebih baik.

KEEWAY RKR250 menggunakan tayar 110/70 R17 di hadapan dan 150/60 R17 di belakang, memberikan cengkaman serta kestabilan ketika tunggangan dinamik. Dari segi dimensi, motosikal ini berukuran 1,980 mm panjang, 780 mm lebar dan 1,110 mm tinggi, dengan jarak roda 1,380 mm, ketinggian tempat duduk 770 mm, serta kelegaan tanah 148 mm. Berat keseluruhan adalah 130 kg, menjadikannya ringan dan lincah.

Dari aspek ciri-ciri butiran motosikal ini, KEEWAY RKR250 dilengkapi paparan TFT 5 inci, port pengecasan USB Type-A dan Type-C, serta sistem kunci mekanikal. Aspek keselamatan turut dipertingkatkan dengan suis keselamatan tongkat sisi, manakala sistem pencahayaan
menggunakan lampu LED sepenuhnya merangkumi lampu isyarat, lampu kecemasan,
lampu hadapan dan lampu belakang.

Teknologi tambahan termasuk Traction Control System (TCS) boleh nyahaktif serta “Tyre Pressure Monitoring System” (TPMS), memberikan keyakinan dan kawalan lebih baik
kepada penunggang. Motosikal ini menggunakan bateri 12.8 V, 38.4 Wh dan turut dilengkapi cermin angin bagi meningkatkan aerodinamik.

Dari segi keberadaan komunikasi, motosikal ini menyokong Bluetooth connectivity yang menawarkan fungsi notifikasi panggilan, paparan skrin dan navigasi, serta integrasi aplikasi pihak ketiga melalui Carbit Ride, bagi meningkatkan pengalaman tunggangan yang lebih moden.

Faktor gabungan prestasi sporty, ciri-ciri canggih serta harga yang kompetitif, KEEWAY RKR250 menawarkan sebuah motosikal sportbike yang seimbang untuk kegunaan harian mahupun tunggangan hujung minggu.
Dengan setiap pembelian mana-mana model KEEWAY RKR250, para pembeli boleh
menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang
mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Leave a comment

Trending