
PULAU PINANG, 16 APRIL 2026 – Morbidelli, jenama terkemuka dalam industri motosikal, secara rasmi memperkenalkan Morbidelli F252 ke pasaran Malaysia melalui pengedar rasminya, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. Model ini telah dilancarkan semasa program Top 68 Dealers’ Educational Tour Sales Campaign di Zhejiang, China pada 21 November 2025.
Diletakkan dalam segmen 250 cc yang kompetitif, Morbidelli F252 ditawarkan pada harga RM14,888.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) serta hadir dalam dua pilihan warna menarik iaitu Bulk Black dan Tundra White.

Dikuasakan oleh enjin 2 silinder, 4 lejang, 8 injap DOHC dengan sesaran 249.5 cc,motosikal ini menghasilkan kuasa maksimum 25.0 kW pada 12,000 rpm serta tork maksimum 20.0 N.m pada 10,000 rpm. Enjin ini dilengkapi ukuran piston dan lejang
61.5 x 42 mm serta nisbah mampatan 11.2:1, disokong oleh sistem suntikan bahan
api elektronik (EFI) bagi pembakaran yang lebih efisien.

Sistem penyejukan cecair digunakan bagi mengekalkan suhu operasi optimum, manakala sistem permulaan elektrik memudahkan penghidupan enjin.
Sistem penalaan pula menggunakan T.C.I. Kuasa disalurkan melalui transmisi 6 kelajuan dengan pacuan rantai, dibantu klac selip bagi penukaran gear lebih lancar dan stabil.

Sistem pendikit adalah jenis mekanikal yang memberikan kawalan terus kepada penunggang. Sistem pelinciran menggunakan jenis tekanan dan percikan bagi memastikan ketahanan enjin yang konsisten.
Sistem suspensi terdiri daripada fork hadapan jenis teleskopik terbalik serta penyerap hentak belakang monoshock jenis Pro-Link dengan pelarasan pra-beban, memberikan kestabilan dan keselesaan ketika tunggangan di pelbagai keadaan jalan.
Sistem brek menggunakan cakera tunggal terapung di hadapan dan cakera tunggal
di belakang, disokong oleh sistem brek anti-kunci (ABS) dwi saluran. Saiz cakera brek hadapan ialah 300 mm manakala belakang 240 mm, menawarkan kuasa hentian yang lebih meyakinkan.

Model ini menggunakan rim 17 inci dengan tayar hadapan 110/70R17 Supermaxx dan tayar belakang 150/60R17 Supermaxx, memberikan cengkaman serta kestabilan lebih baik. Dari segi dimensi, motosikal ini berukuran 1,980 x 760 x 1,100 mm (panjang x lebar x tinggi), dengan ketinggian tempat duduk 790 mm, jarak roda 1,375 mm, kelegaan bumi 160 mm, berat kering 170 kg serta kapasiti tangki bahan api 15 liter, sesuai
untuk tunggangan harian dan prestasi hujung minggu.
Dari aspek ciri-ciri, Morbidelli F252 dilengkapi meter paparan TFT 5 inci, lampu utama, lampu belakang, lampu isyarat serta lampu kecemasan adalah jenis LED bagi meningkatkan keselamatan dan keterlihatan.
Kemudahan penunggang turut merangkumi port pengecas USB jenis A dan jenis C, sistem kunci mekanikal serta suis keselamatan tongkat sisi.

Sistem bantuan tunggangan moden termasuk Sistem Kawalan Traksi (TCS) dan ABS dwi saluran bagi meningkatkan kestabilan serta kawalan. Motosikal ini juga
menawarkan tiga mod tunggangan iaitu Standard, Sport dan Expert, membolehkan penunggang menyesuaikan prestasi mengikut keadaan jalan dan gaya tunggangan.
Ciri ketersambungan pula merangkumi aplikasi Morbidelli serta sambungan Bluetooth
yang menawarkan notifikasi panggilan, paparan skrin (screen mirroring) dan navigasi.
Sistem ini disokong oleh bateri 12V8Ah bagi memastikan fungsi elektronik berjalan lancar. Melalui setiap pembelian Morbidelli F252, para pembeli boleh menikmati jaminan
waranti jarak tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian
alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.






Leave a comment