
PULAU PINANG, 14 APRIL 2026 – Morbidelli T252X kini rasmi ditawarkan di pasaran Malaysia melalui pengedar sahnya, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., selepas
diperkenalkan sebelum ini semasa program Top 68 Dealers’ Educational Tour Sales
Campaign yang berlangsung di Zhejiang, China pada 21 November 2025.
Dipasarkan pada harga RM16,888.00, tidak termasuk cukai jalan dan insurans,
Morbidelli T252X hadir dengan dua pilihan warna iaitu Bulk Black dan Tundra White, sesuai untuk penunggang yang mencari motosikal kembara ringan dengan keupayaan pelbagai permukaan. Morbidelli T252X dikuasakan oleh enjin 249.5 cc dua silinder, 4-lejang, 8-injap DOHC, yang menghasilkan kuasa maksimum 25.0 kW pada 12,000 rpm dan tork maksimum 20.0 Nm pada 10,000 rpm, dengan nisbah mampatan 11.2:1. Enjin ini menampilkan ukuran piston dan lejang 61.5 × 42 mm, serta dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan dan sistem pacuan akhir rantai, bagi memastikan penghantaran kuasa yang lancar
dan responsif.

Sistem enjin disokong oleh penyejukan cecair, sistem suntikan bahan api EFI, sistem
pencucuhan T.C.I serta sistem penghidup elektrik bagi memastikan prestasi yang
konsisten. Klac jenis basah berbilang plat membantu penukaran gear yang lebih lancar, manakala tangki bahan api berkapasiti 18 liter menyokong tunggangan jarak
jauh. Sistem pelinciran menggunakan kaedah tekanan minyak dan percikan untuk
ketahanan enjin yang optimum.
Dari segi casis dan suspensi, Morbidelli T252X dilengkapi fork hadapan teleskopik jenis terbalik serta penyerap hentak belakang jenis Pro-Link tunggal memberikan keseimbangan antara keselesaan dan kawalan dalam pelbagai keadaan jalan.

Sistem brek terdiri daripada cakera tunggal hadapan dengan angkup 4-piston dan cakera
tunggal belakang dengan angkup 1-piston, masing-masing berdiameter 300 mm (hadapan) dan 240 mm (belakang). Motosikal ini menggunakan tayar Pirelli bersaiz 110/80-19 di hadapan dan 150/60-17 di belakang, bagi memastikan cengkaman dan kestabilan yang baik. Dari segi dimensi, ia berukuran 2,120 mm panjang, 840 mm lebar dan 1,210 mm tinggi, dengan jarak roda 1,405 mm, ketinggian tempat duduk 820 mm serta kelegaan tanah 180mm.

Berat keseluruhan motosikal adalah 180 kg, memberikan keseimbangan antara kestabilan dan kemudahan kawalan. Jika diperhatin dari aspek fizikal Morbidelli T252X, ianya dilengkapi paparan TFT menegak bersaiz 7 inci, port pengecasan USB Type-A dan Type-C serta sistem kunci mekanikal. Sistem pencahayaan adalah sepenuhnya LED, merangkumi lampu isyarat, lampu kecemasan, lampu hadapan bersama Lampu Siang (DRL) dan lampu belakang.
Ciri keselamatan dan bantuan penunggang merangkumi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran dan Sistem Kawalan Traksi (TCS). Motosikal ini turut menawarkan
tiga mod tunggangan:
• Standard (TCS ON, ABS ON)
• Sport (TCS OFF, ABS ON)
• Off-Road (TCS ON, ABS belakang sahaja)

Ciri tambahan termasuk Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), sistem T-BOX, sambungan aplikasi Morbidelli serta sambungan Bluetooth yang menyokong notifikasi panggilan, paparan skrin dan navigasi. Ia turut dilengkapi cermin angin boleh laras, set kotak simpanan (dua kotak sisi dan satu kotak atas), serta crash bar dan
handguard untuk perlindungan tambahan.
Melalui daripada setiap pembelian Morbidelli T252X, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian
alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.







Leave a comment