PULAU PINANG, 14 APRIL 2026 – Morbidelli T502X kini rasmi ditawarkan di pasaran Malaysia melalui pengedar sahnya, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd., susulan
pengenalannya sebelum ini semasa program Top 68 Dealers’ Educational Tour Sales Campaign yang berlangsung di Zhejiang, China pada 21 November 2025.
Ditawarkan pada harga RM28,888.00 tidak termasuk cukai jalan dan insurans,
Morbidelli T502X hadir dengan dua pilihan warna iaitu Bulk Black dan Thunder Blue, sesuai untuk penunggang yang mencari motosikal kembara berkapasiti sederhana dengan keupayaan merentasi pelbagai permukaan.

Menjana kuasa Morbidelli T502X ialah enjin dua silinder sebaris, 4-lejang, 8-injap DOHC berkapasiti 486 cc, menghasilkan kuasa maksimum 35 kW pada 8,500 rpm dan tork maksimum 45.0 Nm pada 6,750 rpm, dengan nisbah mampatan 10.7:1. Enjin
ini menggunakan konfigurasi piston dan lejang 68 × 67 mm, serta dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan bersama pacuan akhir rantai, memberikan penghantaran kuasa yang lancar dan responsif.

Sistem enjin disokong oleh penyejukan cecair, suntikan bahan api elektronik (EFI), sistem pencucuhan T.C.I dan sistem penghidup elektrik. Pendikit jenis kabel berkembar memastikan kawalan yang lebih tepat, manakala klac jenis slipper membantu meningkatkan kestabilan ketika penurunan gear secara agresif. Tangki bahan api berkapasiti 18 liter menyokong perjalanan jarak jauh, sementara sistem pelinciran jenis percikan tekanan memastikan ketahanan enjin yang optimum.

Bahagian casis dan suspensi  Morbidelli T502X, dilengkapi fork hadapan jenis terbalik dengan pelarasan redaman serta penyerap hentak tengah hidraulik di bahagian belakang dengan pelarasan redaman. Suspensi ini menawarkan jarak pergerakan
180 mm di hadapan dan 69 mm di belakang, memberikan keseimbangan antara keselesaan dan kawalan dalam pelbagai keadaan tunggangan.

Prestasi brek dikendalikan oleh sistem brek J.JUAN dengan cakera berkembar di hadapan bersama angkup 8-piston serta cakera tunggal di belakang dengan angkup 1-piston. Diameter cakera brek adalah 300 mm di hadapan dan 240 mm di belakang, disokong oleh Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran bagi meningkatkan tahap keselamatan.

Morbidelli T502X menggunakan tayar Pirelli bersaiz 110/80-19 di hadapan dan 150/70-17 di belakang. Dari segi dimensi, motosikal ini berukuran 2,204 mm panjang, 925 mm lebar dan 1,273 mm tinggi, dengan jarak roda 1,465 mm, ketinggian tempat duduk 830 mm dan kelegaan tanah 210 mm. Berat siap diisi ialah 210 kg manakala
berat kering 190 kg, memberikan keseimbangan antara kestabilan dan kebolehkendalian.

Dari aspek ciri-ciri, Morbidelli T502X dilengkapi paparan TFT 7 inci, port pengecas USB Type-A dan Type-C serta sistem kunci mekanikal. Ciri keselamatan tambahan termasuk suis keselamatan tongkat sisi, manakala sistem pencahayaan
menggunakan teknologi LED sepenuhnya merangkumi lampu isyarat, lampu kecemasan, lampu hadapan jenis projektor bersama DRL serta lampu belakang.

Ciri bantuan tunggangan merangkumi Sistem Kawalan Traksi (TCS), Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) serta mod tunggangan Standard dan Off-Road yang membolehkan penunggang menyesuaikan prestasi mengikut keadaan permukaan. Motosikal ini turut dikuasakan oleh bateri 12V8Ah.

Dari segi kesalinghubungan, Morbidelli T502X menyokong sistem T-BOX, integrasi aplikasi Morbidelli serta sambungan Bluetooth yang menawarkan fungsi notifikasi panggilan, screen mirroring dan navigasi. Ia juga dilengkapi cermin penghadang angin boleh laras, pelindung tangan serta sistem kotak simpanan yang terdiri daripada dua kotak sisi berkapasiti 32 liter setiap satu dan satu kotak atas 45 liter, menjadikannya sesuai untuk kegunaan jarak jauh.

Melalui gabungan prestasi, ciri moden dan kelengkapan touring yang lengkap, Morbidelli T502X menawarkan pakej motosikal adventure yang seimbang untuk
kegunaan harian dan pengembaraan jarak jauh di Malaysia.

Melalui setiap pembelian Morbidelli T502X, para pembeli boleh menikmati jaminan
waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian
alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Leave a comment

Trending