Kuala Lumpur, 26 Mei 2026 — GIVI, jenama aksesori motosikal terkemuka dunia, hari ini
memperkenalkan XSPACE – inovasi terbaharu dalam rangkaian kotak Monokey®, tampil dengan konsep praktikal: “SATU KOTAK, DUA MOD TUNGGANGAN”. Kompak untuk kegunaan harian, dan boleh diperluaskan ruang & kapasiti apabila memerlukan ruang tambahan.

Selepas dilancarkan secara Global oleh Ibu Pejabat GIVI Itali, pada 22 Mei lalu, XSPACE kini membuat kemunculan sulung di Asia, menerusi Pelancaran XSPACE Peringkat Asia & Sesi Pratonton Media di GIVI Point Kuala Lumpur. Majlis ini turut menghimpunkan barisan media tempatan serta pengedar sah GIVI, di sini.

Smart Expandability (Pengembangan Pintar. Tanpa Perlu Mengosongkan Storej)
Direka untuk menawarkan fleksibiliti maksimum tanpa sebarang kompromi, XSPACE boleh dilaraskan dan dikembangkan dalam hanya beberapa saat apabila ruang tambahan diperlukan — sambil mengekalkan kestabilan, keselamatan dan keselesaan tunggangan.

Sistem mekanikal berpaten yang digunakan membolehkan pengembangan teleskopik dilakukan dengan mudah ketika penutup dibuka, tanpa perlu mengeluarkan barangan di dalamnya. Dibangunkan
dengan kejuruteraan yang menitikberatkan ketepatan pergerakan, prestasi aerodinamik, ketahanan jangka panjang serta integrasi struktur yang kukuh, sistem ini turut memastikan tahap keselamatan yang tinggi dengan mengelakkan pembukaan secara tidak sengaja.

Satu Kotak, Dua Mod & Pelbagai Konfigurasi
XSPACE menawarkan dua mod penggunaan dalam satu sistem. Daripada mod kompak
berkapasiti 27 liter, ia boleh diperluas kepada 36 liter — peningkatan sebanyak 33% dengan tambahan kedalaman 6cm. Ruang ini cukup untuk memuatkan keperluan harian hinggalah topi keledar full-face.

Apabila ruang tambahan tidak diperlukan, ia boleh kembali ke bentuk asal dengan mudah,
memastikan tunggangan kekal ringan, stabil dan aerodinamik. Dalam apa jua keadaan cuaca,
XSPACE kekal kalis air bagi melindungi barangan di dalamnya.

Lebih daripada itu, XSPACE turut berfungsi dalam dua konfigurasi berbeza — sebagai kotak
simpanan atas (top case) atau kotak simpanan sisi (side case). Fleksibiliti ini menjadikannya
sesuai untuk pelbagai gaya tunggangan, sama ada ulang-alik di bandar mahupun perjalanan jarak jauh. Ia juga mampu memuatkan topi keledar modular bersaiz penuh GIVI XXL ECE 22.06,
termasuk model dengan visor tambahan atau jenis flip-back, menjadikannya satu penyelesaian
praktikal untuk setiap perjalanan.

Teknologi Itali, Direka untuk Ketahanan
Seperti produk GIVI yang lain, XSPACE dibangunkan dengan fokus kepada ketahanan dan prestasi. Ia menggunakan bahan tahan hentakan, sinaran UV serta perubahan cuaca, dan kekal kalis air walaupun dalam mod diperluas. Dengan had muatan sehingga 10 KG, ia turut dilengkapi pemegang terbina
(Integrated Handles) dalam untuk kemudahan penggunaan. Sistem Smart Security Lock (dijual berasingan) pula memberikan perlindungan tambahan.

XSPACE ditawarkan dalam dua pilihan kemasan: Hitam dengan penutup aluminium anodized dan
Hitam dengan kemasan efek aluminium.

Lengkap dengan Aksesori
Untuk memenuhi keperluan berbeza, XSPACE hadir dengan:
Peralatan standard:

  • Jaring elastik dalaman
  • Lapik pelindung dalaman
    Aksesori pilihan:
  • T527 – Beg dalaman
  • E266 – Penyandar penumpang
  • SLB101 – Silinder kunci untuk kunci asal BMW
  • E262 – Rak bagasi atas.

Lebih daripada sekadar kotak simpanan, XSPACE mencerminkan komitmen GIVI dalam menawarkan penyelesaian pintar yang memudahkan kehidupan penunggang. Direka di Itali dan dibangunkan untuk pelbagai gaya tunggangan, XSPACE bersedia menemani setiap perjalanan — walau ke mana destinasi anda.

“Ruang anda. Mengikut perjalanan anda.”
Kompak bila perlu. Perluaskan bila perlu.

Leave a comment

Trending