
Pembekal dan pengimport motosikal yang semakin mengukuhkan keberadaan mereka dalam pasaran motosikal tempatan, membuktikan sekali lagi, bahawa mereka makin mendapat sokongan dan perhatian samada dari pihak pemilik motosikal mahupun penjual atau pengedar.

Mewakili Mforce, Ketua Pengarah Operasi, En Asri Ahmad, memeriahkan suasana dengan menyampaikan kata-kata aluan beliau yang selain mengucapkan tahniah kepada Sin Lean Huat Trading Sdn Bhd, turut menggambarkan tentang bakal kehadiran model-model lain yang akan menemui pasaran tak lama lagi.
Sin Lean Huat Trading Sdn Bhd yang terletak di Jalan Kamunting Lama Timur, Taman Kamunting Timur, Taiping, Perak, kini menjadi salah satu daripada pengedar jenama-jenama motosikal yang di pasarkan oleh Mforce.


Jenama-jenama seperti Benelli, Voge, CF Moto, Qj Motor, Benda dan beberapa jenama lagi kini boleh didapatkan di daerah Taiping, Kamunting dan kawasan sekitarnya.

Selain itu, pusat servis juga dibuka di kawasan ini untuk lebih memudahkan para pemiliknya menghantar jentera mereka untuk diservis.

Acara gilang gemilang ini bukan sahaja menunjukkan ruang pamer yang agak luas dan moden untuk mengenengahkan barisan motosikal-motosikal yang baharu, akan tetapi juga mempamerkan aksesori-aksesori penunggangan seperti helmet dan pakaian penunggangan seperti jaket, sarung tangan dan kasut LS2.

Para peminat jentera dua roda juga berpeluang untuk menunggang uji jentera-jentera terbaru pada majlis gah ini dan membolehkan lebih ramai orang awam mengenali dan mengalami sendiri pengalaman menunggang jentera-jentera edaran Mforce Bike Holdings.









Leave a comment