Kuala Lumpur, 22 June 2026 – Didi Group, pengimpot rasmi skuter Vespa di Malaysia, dengan bangganya melancarkan model yang ditunggu-tunggu setiap kali pertukaran haiwan ikonik dalam kalender Cina. Vespa 946 HORSE, dianggap sebagai rekaan ulung koleksi kalender bulanan, yang dipertontonkan pada para jemputan di XU YAN, THE Starhill, Kuala Lumpur.

Edisi khas kalendar lunar masyarakat Tiong Hua ini telah pun bermula sejak tahun Arnab, Naga dan juga Ular, sekaligus memperkukuhkan keberadaan jenama ini dalam pasaran skuter eksklusif.

Untuk edisi khas tahun Kuda ini, model in didatangkan dengan warna perang gelap, diinspirasikan oleh warna anggun seekor kuda. Model ini juga turut diserikan dengan perincian penggunaan kulit pada tempat duduk, selain jaluran keemasan mengelilingi badan utama serta elemen ekuestrian atau sukan berkuda bagi menambah keunggulan model ini.


“Vespa 946 Horse” ini, mewakili nilai semangat, hasilkerja, dan keperibadian. Kami berbangga model khas ini dapat kami perkenalkan di antara barisan edisi Vespa yang berada dalam pasaran tempatan. Imej kuda ini melambangkan nilai-nilai keyakinan, kebebasan dan keazaman, yang berkait rapat dengan pemilik Vespa seantero dunia,” ujar Mr. Goh, Pengarah Urusan Didi Group.

Acara gilang gemilang ini diadakan di XU YAN, di STARHILL, BUKIT BINTANG, dan inspirasi model Vespa 946 Horse ini turut diperkuatkan dengan suasana dan imej seperti dalam dewan santapan istana Raja China zaman dulukala. Setiap tetamu disambut dan dilayan seperti pembesar-pembesar istana atau tetamu khas Raja-raja.

Barisan jemputan khas seperti wakil Kedutaan Itali di Malaysia, selebriti seperti Dato Amy Search (yang turut mengakui pencinta Vespa), para media permotoran, turut memeriahkan acara gilang gemilang ini yang turut diselang selikan dengan persembahan kebudayaan Cina dan kemasyarakatan berbilang bangsa di Malaysia. Ini juga termasuk menu-menu makanan yang dihidangkan, walau bersumberkan resipi lama daripada China, ianya turut memperlihatkan gabungan atau pengaruh daripada selera tempatan samada dari segi penggunaan bahan masakan atau rasa.

Selain berupaya melihat sendiri rekabentuk dan keanggunan VESPA 946 ini, ianya turut menegaskan bahawa rekaannya yang diinspirasikan daripada model prototaip MP6, tetapi telah ditambahbaik dengan kejuruteraan terkini dan penggunaan material premium.

Koleksi model inspirasi Haiwan Kalender Lunar ini turut menambah lagi legasi Vespa yang turut sama megah dengan kisah-kisah popular Haiwan -haiwan ikonik kalender Lunar yang berganti setiap saban Tahun Baru Cina.

Vespa 946 Horse ini walaubagaimana pun adalah model edisi terhad dan dipasarkan di seluruh dunia, menjadikannya sebagai salah satu model eksklusif dan berimej pengekalan warisan lama dan gaya unik unik hasil gabungan rekaan dan kejuruteraan dari Itali dan lagenda haiwan ikonik masyarakat Tiong Hua.


Menambahkan nilai esksklusif Vespa 946 Horse ini, model “kuda” ini hanya diperuntukkan sebanyak 3 unit sahaja untuk pasaran MALAYSIA pada harga jualan RM108,999. Ternyata, VESPA 946 HORSE ini hanyalah untuk pengumpul barangan eksotik dan ikonik.

Leave a comment

Trending