
Sebuah jenama motosikal yang semakin mendapat perhatian dan keinginan ramai kini berupaya melayani keperluan pemilik-pemiliknya yang berada di sekitar KUALA SELANGOR.

G.C.Ann Motor Enterprise Sdn Bhd kini sah dilantik sebagai wakil utama untuk jenama CF MOTO. G.C. Ann adalah sebuah kedai penjual motosikal pelbagai jenama dan sangat popular dengan penggemar-penggemar motosikal yang berdekatan. Mungkin kerana G.C.Ann kerap menggunakan pletform media sosial untuk mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan yang terdapat di kedainya.

Selain kedai utama yang terletak di Jalan Melawati, Bandar Kuala Selangor, mereka juga mempunyai Benelli Smart Shop dan sebuah lagi kedai yang berada di sekitarnya.

Kini dengan ruang pamer yang baru diubahsuai untuk menepati imej dan jenama CF MOTO, ianya sudah pasti mempamerkan imej bahawa mereka bakal mampu memberikan tumpuan khas kepada pemilik-pemilik CF MOTO.

Sebagai pengetahuan, CF MOTO merupakan jenama daripada China tetapi mempunyai pengalaman yang luas sebagai pembuat enjin dan bahagian-bahagian motosikal khas untuk jenama-jenama terkenal sebelum menjerumuskan diri dalam pembuatan motosikal dengan nama sendiri.

CF MOTO juga sudah mula dikenali di seluruh dunia apabila kerap muncul atas podium dalam kategori MOTO 3 dalam Kejohanan Grand Prix Dunia atau MOTOGP. Selain menghasilkan motor-motor sports yang agak menepati tema motogp, CF MOTO memeranjatkan dunia dengan pengenalan sebuah motosikal ‘adventure’ atau ‘dual purpose’ yang berkapasiti 450cc. Ini ternyata membolehkan lebih ramai lagi peminat motor lasak mampu memilikki motor genre ini yang mana sebelum ini, pasaran lebih banyak tertumpu pada jentera 750-1,200cc sahaja.


Dapatkan khidmat atau menjenguk model-model baru CF MOTO di CF MOTO FLAGSHIP STORE di No 8 & 10, Jalan Melawati 3/1, Taman Melawati, 45000 Kuala Selangor.







Leave a comment