Janda Baik: 12 Julai 2026—PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) hari ini melancarkan Sprinta Ladies,satu inisiatif yang memberi fokus kepada pembangunan komuniti penunggang motosikal wanita di Malaysia.

Inisiatif ini dilihat sebagai langkah strategik untuk menghimpunkan komuniti penunggang wanita di bawah satu platform yang bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama rider, malah membuka lebih banyak ruang untuk pembelajaran, pembangunan diri dan perkongsian pengalaman.Di lancar bersempena‘Velora Ride & Heal Camp’, program ini menghimpun sekitar 100 peserta dari seluruh negara di dalam suasana santai dan menghiburkan.

Komuniti Velora dipilih sebagai kumpulan awal untuk meluaskan Sprinta Ladies kepada kumpulan2 kecil di setiap negeri. Di sesi yang sama, produk penjagaan motorsikal seperti chainlube & chain cleaner dari PETRONAS Sprinta juga diperkenal. Lebih daripada sekadar memperkenalkan produk, pelancaran PETRONAS Sprinta Ladies membuktikan komitmen jenama itu dalam menyokong perkembangan komuniti wanita dalam dunia permotoran.

Sehubungan dengan fakta  semakin ramai wanita menjadikan motosikal sebagai pengangkutan harian mahupun hobi, platform seperti ini mampu melahirkan komuniti yang lebih aktif, berpengetahuan dan saling memberi inspirasi.

Usaha ini juga menunjukkan bahawa dunia dua roda bukan lagi didominasi lelaki semata-mata. Kehadiran lebih ramai lady bikers membuka lembaran baharu kepada industri permotoran tempatan, dan PETRONAS Sprinta kini tampil sebagai antara jenama yang berada di barisan hadapan dalam menyokong perkembangan tersebut.

Leave a comment

Trending