PULAU PINANG, 29 JULAI 2026 – Morbidelli T250 dan T250X kini rasmi berada di pasaran Malaysia melalui pengedar rasminya, Morbidelli Malaysia, menawarkan
motosikal dwi-fungsi yang menggabungkan prestasi, ketahanan serta kepraktisan
untuk kegunaan harian dan pengembaraan ringan.

MORBIDELLI T250

Ditawarkan pada harga RM7,988.00, tidak termasuk cukai jalan dan insurans, Morbidelli T250 hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Bulk Black, Anarchy Grey dan Carnage Red, menyerlahkan reka bentuk lasak yang sesuai untuk tunggangan di
jalan raya mahupun laluan mencabar.

Morbidelli T250 dikuasakan oleh enjin 249.4 cc satu silinder, 4 lejang, 4 injap, SOHC dengan sistem penyejukan minyak, yang menghasilkan kuasa maksimum 18.0 kW pada 8,000 rpm dan tork maksimum 23.0 Nm pada 6,000 rpm, dengan nisbah mampatan 9.7:1. Enjin ini mempunyai ukuran piston dan lejang 71 × 63 mm,
dipadankan bersama transmisi 6 kelajuan serta sistem pacuan rantai bagi memastikan
penghantaran kuasa yang lancar dan responsif.

Sistem suntikan bahan api elektronik (EFI), sistem pencucuhan T.C.I, pendikit
mekanikal serta sistem penghidup elektrik memastikan prestasi enjin yang cekap dan konsisten. Tangki bahan api berkapasiti 12 liter, bersama sistem pelinciran Pressure
Splash Lubrication, menyokong perjalanan yang lebih jauh dan praktikal.

Bagi sistem suspensi, Morbidelli T250 dilengkapi dengan fork teleskopik terbalik di bahagian hadapan serta monoshock dengan pelarasan prabeban (preload) di bahagian belakang, menawarkan keseimbangan antara keselesaan, kestabilan dan kawalan di pelbagai permukaan jalan.

Prestasi membrek dikendalikan oleh cakera brek tunggal di bahagian hadapan dan belakang yang dipertingkatkan dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dwi saluran, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan ketika membrek.

Morbidelli T250 menggunakan tayar bersaiz 90/90-19 di hadapan dan 110/90-17 di belakang. Motosikal ini mempunyai dimensi keseluruhan 2,070 mm panjang, 975 mm lebar dan 1,190 mm tinggi, dengan jarak roda 1,365 mm, ketinggian tempat duduk
830 mm serta kelegaan bumi 250 mm, menjadikannya sesuai untuk tunggangan di jalan berturap mahupun laluan tidak berturap.

Dari segi kelengkapan, Morbidelli T250 dilengkapi dengan paparan meter digital, port pengecas USB Type-A serta sistem kunci mekanikal bagi memudahkan penggunaan harian.

Sistem pencahayaan menggunakan LED sepenuhnya, merangkumi lampu hadapan,
lampu belakang, lampu isyarat dan lampu kecemasan, bagi memastikan pencahayaan yang lebih terang dan jelas dalam pelbagai keadaan tunggangan.
Turut melengkapkan motosikal ini ialah handguard bagi memberikan perlindungan
tambahan kepada penunggang, serta bateri 12V 6.5Ah yang memastikan sistem elektrik beroperasi dengan stabil.

Dengan gabungan prestasi enjin yang responsif, reka bentuk lasak, ciri keselamatan moden serta kelengkapan praktikal, Morbidelli T250 menawarkan sebuah motosikal dwi guna yang ideal untuk penunggang Malaysia yang mencari keseimbangan antara kegunaan harian dan pengembaraan.

MORBIDELLI T250X

Setelah diperkenalkan di Top 68 Dealers’ Educational Tour Sales Campaign yang berlangsung di Zhejiang, China pada 21 November 2025, model ini ditawarkan pada harga RM9,888.00, tidak termasuk cukai jalan dan insurans, Morbidelli T250X hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Bulk Black, Anarchy Grey dan Raptor Yellow, menyerlahkan penampilan lasak yang sesuai untuk penunggang yang gemarkan aktiviti pengembaraan.

Morbidelli T250X dikuasakan oleh enjin 249.4 cc satu silinder, 4 lejang, 4 injap, SOHC dengan sistem penyejukan minyak, yang menghasilkan kuasa maksimum 18.0 kW pada 8,000 rpm dan tork maksimum 23.0 Nm pada 6,000 rpm, dengan nisbah mampatan 9.7:1. Enjin ini mempunyai ukuran piston dan lejang 71 × 63 mm,
dipadankan bersama transmisi manual 6-kelajuan jenis Constant Mesh serta sistem pacuan rantai bagi memastikan penghantaran kuasa yang lancar dan responsif.

Sistem suntikan bahan api elektronik (EFI), sistem pencucuhan T.C.I, pendikit
mekanikal serta sistem penghidup elektrik memastikan prestasi enjin yang cekap dan
konsisten. Sistem klac jenis basah berbilang plat memberikan pertukaran gear yang lebih lancar, manakala tangki bahan api berkapasiti 12 liter bersama sistem pelinciran
Pressure Splash Lubrication menyokong perjalanan yang lebih jauh dan praktikal.

Bagi sistem suspensi, Morbidelli T250X dilengkapi dengan fork teleskopik terbalik di bahagian hadapan serta monoshock dengan pelarasan prabeban (preload) di bahagian belakang, menawarkan kestabilan dan keselesaan ketika menunggang di pelbagai jenis permukaan.

Prestasi membrek dikendalikan oleh cakera brek tunggal di bahagian hadapan dan belakang yang dipadankan dengan kaliper dua piston, serta dipertingkatkan dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dwi saluran, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan dan kawalan ketika membrek.


Morbidelli T250X menggunakan tayar bersaiz 90/90-19 di hadapan dan 110/90-17 di belakang. Motosikal ini mempunyai dimensi keseluruhan 2,070 mm panjang, 975 mm lebar dan 1,350 mm tinggi, dengan jarak roda 1,365 mm, ketinggian tempat duduk
830 mm, kelegaan bumi 250 mm serta berat siap diisi 144 kg, menjadikannya sesuai untuk tunggangan di jalan berturap mahupun laluan off-road.

Dari segi kelengkapan, Morbidelli T250X dilengkapi dengan paparan meter digital, port pengecas USB Type-A yang ditempatkan pada kedua-dua sisi panel meter, sistem kunci mekanikal serta suis keselamatan tongkat sisi bagi meningkatkan kemudahan
dan keselamatan ketika penggunaan harian.

Sistem pencahayaan menggunakan LED sepenuhnya, merangkumi lampu hadapan,
lampu belakang, lampu isyarat dan lampu kecemasan bagi memastikan pencahayaan
yang lebih terang dan jelas dalam pelbagai keadaan tunggangan.


Turut melengkapkan motosikal ini ialah cermin pelindung angin dan handguard, yang memberikan perlindungan tambahan serta meningkatkan keselesaan penunggang ketika melakukan perjalanan jauh atau merentasi laluan mencabar.

Dengan gabungan prestasi enjin yang responsif, reka bentuk lasak, ciri keselamatan moden serta kelengkapan praktikal, Morbidelli T250X menawarkan sebuah motosikal dwi guna yang ideal untuk penunggang Malaysia yang mengutamakan fleksibiliti,
ketahanan dan keseronokan menunggang di pelbagai jenis laluan.

WARANTI
Dengan setiap pembelian Morbidelli T250 &T250X, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Morbidelli Malaysia.

Leave a comment

Trending