
SETIA ALAM, 9 Ogos 2026 – Lebih 16,000 peminat Yamaha membentuk lautan biru di edisi ketujuh Karnival Genblu Yamaha, melambangkan semangat dan minat terhadap dunia permotoran serta jenama Yamaha.

Berteraskan tema “The Journey with Yamaha” (Perjalanan Bersama Yamaha), karnival tahun ini meraikan perjalanan setiap penunggang Yamaha, sekali gus mencerminkan komitmen Hong Leong Yamaha Motor (“HLYM”) “) dalam menawarkan produk, pengalaman dan inisiatif yang memenuhi pelbagai gaya hidup serta keperluan penunggang.

Acara ini turut menyaksikan pelancaran tiga model baharu Yamaha, pengenalan Yamaha Collector’s Club (YCC) serta sambutan terhadap kecemerlangan atlet negara.
Tiga Model Baharu Yamaha diperkenalkan.

Selaras dengan tema tahun ini, HLYM memperkenalkan tiga model baharu Yamaha yang direka untuk memenuhi aspirasi penunggang daripada pelbagai segmen.
Pelancaran dimulakan dengan Yamaha Y16ZR-R, model moped flagship Yamaha yang direka khas untuk penunggang yang mengutamakan prestasi berkelajuan tinggi, pengalaman tunggangan yang lebih dinamik
serta gaya yang eksklusif. Model terbaharu ini tampil dengan nisbah gear sekunder yang dipertingkatkan bagi memberikan pecutan yang lebih responsif dari kedudukan pegun, bunyi sedutan enjin yang lebih mengujakan, serta menjadi model moped Yamaha pertama yang dilengkapi dengan Traction Control System (TCS) dan Simple Communication Control Unit (SCCU). Ditawarkan dalam tiga pilihan warna baharu iaitu Raijin Green, Yoru Black dan Kouka Grey, Yamaha Y16ZR-R kini hadir pada harga runcit disyorkan yang lebih menarik iaitu RM10,888.00 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans). Penawaran harga ini direalisasikan menerusi insentif Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) oleh kerajaan, membolehkan penjimatan tersebut dinikmati
terus oleh pelanggan. Ini memberikan nilai pemilikan yang lebih tinggi serta memudahkan lebih ramai penunggang memiliki Yamaha Y16ZR-R dengan gabungan prestasi unggul, teknologi canggih dan reka bentuk premium.

Bagi peminat MotoGP pula, Yamaha Y16ZR-R Limited Edition Pramac Racing Replica diperkenalkan sebagai model edisi istimewa yang terhad kepada hanya 3,000 unit di seluruh dunia. Menampilkan livery rasmi Yamaha Prima Pramac MotoGP Team, model eksklusif ini turut didatangkan dengan Serial Number Emblem
yang unik serta suspensi Ohlins yang ditala dan dibangunkan khas untuk Y16ZR-R baharu.
Model ini ditawarkan pada harga runcit disyorkan RM13,388.00 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans). Yamaha Y16ZR-R dan Yamaha Y16ZR-R Limited Edition Pramac Racing Replica akan mula berada di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula pertengahan Ogos 2026.
Turut dilancarkan ialah Yamaha XMAX 300 Tech Max, yang menandakan kemasukan Yamaha ke dalam segmen skuter pertengahan di Malaysia.
Melengkapkan model 250cc sedia ada, Yamaha XMAX 300 Tech Max menawarkan prestasi yang dipertingkatkan, tempat duduk yang lebih ergonomik serta kemasan premium bagi memberikan keselesaan optimum untuk kegunaan harian dan tunggangan jarak jauh. Ditawarkan dalam warna Crystal Graphite, Yamaha XMAX 300 Tech Max dijual pada harga RM28,499.00 (tidak termasuk
pendaftaran, cukai jalan dan insurans) dan akan mula berada di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula pertengahan Ogos 2026.

Kemuncak acara ialah pengenalan eksklusif Yamaha XSR155. Menggabungkan reka bentuk retro klasik yang ikonik dengan teknologi moden, XSR155 direka khas untuk mereka yang menghargai estetika yang malar
relevan dan melihat motosikal sebagai cerminan identiti diri. Lebih daripada sekadar sebuah motosikal, XSR155 merupakan simbol keunikan yang membolehkan pemiliknya mengekspresikan gaya dan personaliti tersendiri dengan penuh keyakinan. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna yang menarik – Malar Hijau yang
bergaya, Perak Klasik yang elegan dan Royale Hitam yang berani. Yamaha XSR155 ditawarkan pada harga
RM12,998.00 (tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans) dan akan mula berada di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara suku keempat (Q4) 2026.

Menghargai Warisan Yamaha Melalui YCC
Selain memperkenalkan model-model baharu, HLYM turut melancarkan secara rasmi Yamaha Collector’s Club (YCC), sebuah program yang diwujudkan bagi mengiktiraf motosikal Yamaha yang mempunyai nilai warisan, koleksi dan minat peminat, di samping meraikan kebanggaan pemilikan dalam komuniti Yamaha.

YCC memberi pengiktirafan kepada empat kategori iaitu Classic, Limited Edition, Custom dan Convoy, yang mencerminkan kepelbagaian model serta budaya komuniti Yamaha. Menerusi kategori Classic dan Limited Edition, motosikal yang layak akan menerima pengiktirafan rasmi sebagai tanda keaslian, sekali gus
meningkatkan nilai koleksi serta nilai jualan semula. Pemilik yang menerima pengiktirafan ini juga menikmati manfaat perlindungan insurans yang dipertingkatkan menerusi rakan insurans HLYM, Berjaya Sompo Insurance.
YCC Custom meraikan kreativiti dan seni pengubahsuaian motosikal dengan mengiktiraf keindahan estetik serta keunikan yang telah sekian lama menjadi sebahagian daripada budaya penunggang. Sementara itu, YCC
Convoy memberi pengiktirafan kepada kumpulan konvoi Yamaha yang menzahirkan semangat, setiakawan dan budaya menunggang bersama, sekali gus memperkukuh ikatan dalam komuniti Yamaha.
Menyemarakkan Semangat Kecemerlangan Sukan Malaysia
Berteraskan Spirit of Challenge (Semangat Menyahut Cabaran) yang menjadi budaya Yamaha, HLYM mempersembahkan ‘Spirit of Challenge: Road to Asian Games 2026’, sebuah inisiatif khas yang meraikan atlet-atlet negara di samping menyemarakkan inspirasi kepada generasi muda untuk berani mengejar impian
dengan semangat, ketabahan dan keyakinan. Program ini menampilkan Pasukan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan Bunga Raya Lelaki dan Wanita, Mohd Syahir Mohd Rosdi, yang diiktiraf sebagai World’s Best Tekong oleh International Sepak Takraw Federation (ISTAF),

serta pemain kebangsaan daripada Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia, dan turut diserikan dengan kehadiran khas Mr. Takashi Yamaya, President of Shizuoka BlueRevs, kelab ragbi profesional Yamaha Motor di Jepun, yang memperkukuh Spirit
of Challenge serta budaya kesukanan yang dikongsi bersama Yamaha di Jepun dan Malaysia. Sebagai simbol semangat tersebut, komuniti Yamaha turut mencipta dua pengiktirafan Malaysia Book of Records menerusi kategori ‘Tendangan Tekong Tertinggi’ dan Penyertaan ‘Teramai Mencabar Tekong dalam Satu Acara’.

Meraikan Setiap Perjalanan Bersama Yamaha
Memasuki tahun ketujuh, Karnival GenBlu Yamaha terus berkembang sebagai wadah yang menyatukan komuniti Yamaha melalui minat, persahabatan dan kenangan yang dikongsi bersama. Seiring dengan komitmen Yamaha terhadap kesejahteraan komuniti penunggangnya, Jawatankuasa Penganjur turut mengambil langkah proaktif dengan memulakan Cabutan Hadiah Utama lebih awal bagi memberi masa yang mencukupi kepada para penunggang untuk pulang dengan lebih selamat sebelum hari gelap. Setiap penunggang mempunyai kisah tersendiri dan Yamaha berbangga menjadi sebahagian daripada setiap perjalanan itu.









Leave a comment