
Memperkenalkan Yamaha XMAX 300 Tech MAX
Yamaha XMAX 300 Tech MAX dikuasakan oleh enjin penyejukan cecair satu silinder SOHC 292cc yang menghasilkan kuasa maksimum 20.6 kW pada 7,250 rpm serta tork 28.9 Nm pada 5,750 rpm. Direka untuk memberikan keyakinan pada setiap tunggangan, Yamaha XMAX 300 Tech MAX dilengkapi dengan Sistem Kawalan Traksi (Traction Control System, TCS), Sistem Brek Anti-Kunci (Anti-lock Braking System, ABS)serta Isyarat Berhenti Kecemasan (Emergency Stop Signal, ESS) untuk keselamatan dan kawalan yang lebih optimum.

Seperti XMAX 250, Yamaha XMAX 300 Tech MAX turut menampilkan paparan TFT penuh warna 4.2 inci dengan sambungan telefon pintar melalui aplikasi Yamaha Y-Connect serta sokongan navigasi Garmin, membolehkan
penunggang menikmati kemudahan navigasi, panggilan, mesej dan muzik dengan mudah ketika dalam perjalanan.

Melengkapkan pengalaman premium ini ialah sistem Smart Key yang membolehkan operasi tanpa kunci untuk kemudahan tambahan.

Selain ciri-ciri standard yang menyeluruh, Yamaha XMAX 300 Tech MAX turut hadir dengan pelbagai penambahbaikan premium, termasuk:
Enjin ‘Blue Core’
Dikuasakan oleh enjin penyejukan cecair satu silinder SOHC 292cc, Yamaha XMAX 300 Tech MAX menawarkan prestasi bertenaga dengan penyampaian kuasa yang lancar dan responsif serta kecekapan bahan api yang baik. Dipadankan dengan transmisi automatik CVT, ia memberikan pengalaman tunggangan yang mudah dan selesa untuk perjalanan bandar mahupun jarak jauh.

Keselesaan dan Ergonomi Premium
Direka untuk keselesaan bagi perjalanan di bandar mahupun tunggangan jarak jauh, Yamaha XMAX 300 Tech MAX menampilkan tempat duduk ergonomik premium berkemasan gaya kulit yang memberikan posisi tunggangan lebih semula jadi dan santai, membantu mengurangkan keletihan penunggang serta meningkatkan
keselesaan sepanjang perjalanan.

Gaya Eksklusif Tech MAX
Yamaha XMAX 300 Tech MAX hadir dengan kemasan eksklusif Tech MAX yang merangkumi elemen gaya tersendiri serta perincian premium yang menjadi identiti siri Tech MAX. Ditawarkan dalam warna baharu, ‘Crystal Graphite’, ia menyerlahkan reka bentuk dinamik yang mengukuhkan kedudukannya sebagai skuter sport premium dengan penampilan yang eksklusif dan elegan.

Kemudahan Penggunaan Harian
Yamaha XMAX 300 Tech MAX turut direka dengan mengambil kira aspek kemudahan penggunaan harian. Papan kaki yang luas bersama plat kaki aluminium premium memberikan lebih kebebasan kepada penunggang untuk melaraskan posisi kaki ketika menunggang, di samping menambahkan sentuhan premium tersendiri. Ruang simpanan bawah tempat duduk yang luas pula mampu memuatkan sehingga dua topi keledar bergantung kepada
saiz topi keledar, menjadikannya pilihan ideal untuk perjalanan harian, urusan membeli-belah mahupun aktiviti riadah hujung minggu.

Ketersediaan dan Harga
Pengenalan Yamaha XMAX 300 Tech MAX terus memperluaskan barisan model Siri MAX Yamaha di Malaysia, melengkapkan penawaran sedia ada XMAX 250 yang akan terus dipasarkan di seluruh negara. Yamaha XMAX 300 Tech MAX boleh didapati di semua kedai pengedar Yamaha Big Bikes sah di seluruh negara mulai pertengahan bulan Ogos 2026 dengan harga yang disyorkan RM28,499 (tidak termasuk insuran dan yuran pendaftaran).








Leave a comment