Memperkenalkan Yamaha XSR155
Yamaha XSR155 menzahirkan falsafah ‘Sport Heritage’ Yamaha, menggabungkan reka bentuk neo-retro yang malar segar dengan teknologi moden serta prestasi yang sesuai untuk tunggangan harian. Mendapat ilham daripada keunikan motosikal klasik, XSR155 merupakan jentera yang menyerlahkan ekspresi diri, menjadikan setiap perjalanan sebagai cerminan gaya dan personaliti penunggangnya.

Gaya Neo-Retro yang Klasik
Yamaha XSR155 menggabungkan keanggunan motosikal klasik dengan sentuhan kejuruteraan moden bagi membentuk identiti neo-retro yang tersendiri. Setiap elemen direka dengan penuh teliti bagi mengekalkan keaslian karakter klasik sambil memenuhi cita rasa penunggang masa kini, daripada lampu hadapan, lampu
belakang dan kluster instrumen hinggalah tangki bahan api 10L dengan garisan permukaan yang kemas, menghasilkan penampilan yang tersendiri.

Keunikan ini diserlahkan lagi dengan pendakap lampu hadapan dan ‘subframe’ berkemasan premium yang
memberikan sentuhan berkualiti tinggi, di samping pembinaan yang ringan. Tempat duduk ergonomik pula memberikan keselesaan optimum dan kebebasan pergerakan ketika menunggang, manakala pelindung ekzos yang bergaya melengkapkan identiti neo-retro motosikal ini.

Lebih daripada sekadar sebuah motosikal, XSR155 menjadi wadah untuk mengekspresikan identiti dan gaya hidup
penunggangnya, selari dengan semangat “Xpresi Gayaku”.

Prestasi Lancar untuk Setiap Perjalanan
Yamaha XSR155 dikuasakan oleh enjin penyejukan cecair silinder tunggal 155cc, SOHC, 4 injap dan suntikan bahan api yang dilengkapi dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) Yamaha. Sistem ini memberikan kuasa yang lancar dan responsif pada setiap julat putaran enjin, menawarkan keseimbangan antara tork, kawalan serta
pengalaman tunggangan yang menyeronokkan.

Klac Assist & Slipper (A&S) menawarkan operasi klac yang lebih ringan untuk tunggangan yang lebih selesa, di samping memberikan penukaran gear turun yang lebih lancar bagi pengalaman tunggangan yang lebih baik.

Sistem penyejukan dengan termostat jenis pintasan pula membantu mengurangkan masa pemanasan enjin serta menyumbang kepada kecekapan bahan api yang lebih baik.

Menyokong prestasi tunggangan ialah rangka Deltabox dengan keseimbangan ketegaran yang optimum, dipadankan dengan suspensi belakang Monocross untuk pengendalian yang yakin serta keselesaan lebih baik.

Ekzos dengan ruang pengembangan tiga peringkat menghasilkan bunyi ekzos yang tersendiri, manakala corak
bunga tayar yang direka khas melengkapkan gaya serta kehadiran XSR155 di atas jalan raya.

XSR155 turut menampilkan fork hadapan terbalik (inverted front fork) yang menawarkan keseimbangan optimum antara kekuatan dan ketegaran untuk pengendalian yang lebih mantap. Dipadankan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran, ia memberikan kawalan membrek yang lebih stabil dan meyakinkan dalam pelbagai situasi tunggangan.

Lebih Sekadar Tunggangan, Ia Adalah Gaya Hidup
Memiliki Yamaha XSR155 adalah tentang menghayati sebuah gaya hidup di mana setiap tunggangan membawa cerita tersendiri. Diilhamkan oleh kreativiti, ketelitian seni pertukangan dan kebebasan untuk mengekspresikan identiti diri, pengalaman memiliki XSR155 diperkaya lagi dengan koleksi pakaian dan merchandise ekslusif yang bakal diperkenalkan.

Daripada kunjungan santai ke kafe hinggalah ke pengembaraan hujung minggu, XSR155 sememangnya melengkapi gaya hidup yang menghargai budaya tunggangan dan acara komuniti. Reka bentuk neo-retro yang
klasik menjadi asas untuk meraikan budaya kustomisasi menerusi personalisasi, keaslian dan ekspresi diri.

Lebih daripada sekadar sebuah motosikal, XSR155 menjadi cerminan karakter penunggangnya iaitu sebuah
ekspresi gaya dan identiti yang terus berkembang bersama setiap tunggangan serta setiap kisah yang dikongsi.

Ketersediaan dan Harga Yamaha XSR155 boleh didapati di semua kedai pengedar sah Yamaha di Malaysia bermula suku keempat (Q4) 2026. Ia tampil dalam tiga warna menarik, Malar Hijau, Perak Klasik dan Royale Hitam dengan harga yang disyorkan RM12,998 (tidak termasuk insuran dan yuran pendaftaran).

Leave a comment

Trending